Followers

Friday, December 19, 2014

ARTIS SAH BERCERAI, BEKAS SUAMI RAYU RUJUK KEMBALI


Baru-baru ini, berita penceraian artis menjadi isu panas media massa.. Kalau Miss A tengok sedih juga lah.., ramai sangat pasangan artis yang bercerai.. Kalau sebut artis je mesti tak lari dari isu cerai.. Dah jadi biasa pulak kita dengar artis cerai berai ni..

Dalam berderet kes penceraian tu salah satunya adalah pasangan Syura dan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.. Pasangan ni sudah pun sah bercerai pada September lalu tapi Mohd Fadhly berharap Syura akan menerima dirinya kembali dan memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri..

Mohd Fadhly telah membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk secara lisan pada 10 November lalu.. Tapi kes terpaksa ditangguhkan kerana Syura gagal menghadirkan diri dan kes akan disebut semula pada20 Januari 2015..

“Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku, saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu. Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendirian untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk menangi kembali hati dia,” ujarnya..

Miss A harap tahun 2015 akan memberi berita gembira kepada industri hiburan tanah air.. Takkan nak dengar kes-kes cerai selebriti tanah air je kot! Tak syok lah.. Miss A doakan agar kes lafaz rujuk pasangan ini dapat diselesaikan segera.. Mesti ramai peminat yang nak tengok artis kesayangan mereka ni kembali bersatu semula.., fikirlah sama nasib anak-anak.. Miss A

Dipetik dari - UtaraNews.com


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.