Followers

Friday, December 12, 2014

Artis Malaysia Khayal Dadah Tumbuk Pekerja Hotel

 

Lepas satu isu timbul pula dengan satu isu lain. Berita perkembangan Aliff Aziz sejak kebelakangan pastinya sesuatu yang negatif dan peminat pun ada yang naik muak mendengar kisah beliau dan terbaru, ada dakwaan beliau khayal dadah sehingga bergaduh di hotel.

Aliff Aziz dikhabarkan mengamuk di sebuah hotel penginapan beliau sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.

Semasa kejadian Aliff Aziz kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila beliau dilaporkan menumbuk salah seorang pekerja di hotel tersebut.

“Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai. Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” jelasnya kepada mStar Online.

Penyanyi ini menambah yang tidak logik untuk beliau timbulkan satu lagi isu ketika ini sedangkan beliau kini dalam usaha memperbaiki namanya yang tercalar dek beberapa insiden negatif yang melanda dirinya sebelum ini.

“Mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu. Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya,” tambahnya lagi yang mengakui sedang berubat dengan seorang ustaz di SIngapura.


Bloglist Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.