Perkhabaran duka saya terima awal Subuh tadi dengan pemergian
Allahyarham Tan Sri Ani Arope ke rahmatuLlah tatkala sedang dalam
rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.
Allahyarham dahulunya pegawai Kanan MARDI, Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI), dan terakhir menyumbang khidmat bakti selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Allahyarham dikenali sebagai seorang ketua yang tegas khususnya dalam kontroversi pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menyaksikan perjanjian berat sebelah yang nyata sekali membebankan rakyat terbanyak.
Asakan politik ketika itu membuatkan Allahyarham terpaksa membayar harga yang mahal: meletakkan jawatan selaku pengerusi TNB atas prinsip dan integriti.
Memoir beliau yang dilancarkan tahun lepas, meskipun ringkas tetapi
padat dengan maklumat dan pendedahan yang sewajarnya membuka mata
rakyat.
Kesihatan Allahyarham acapkali terganggu beberapa tahun kebelakangan berikutan kanser prostat yang beliau hidap sekian lama tetapi dikesan hanya pada tahun 2010.
Azizah berkelapangan beberapa kali menziarahi Allahyarham mewakili kami sekeluarga.
Sekalung takziah buat Puan Sri Sakinah dan keluarga atas pemergian Allahyarham kembali menemui Sang Pencipta. Nyata sekali ia satu kehilangan besar buat negara khususnya atas batu tanda integriti Allahyarham yang telah dipasak dalam lembaran sejarah.
Anwar Ibrahim
Allahyarham dahulunya pegawai Kanan MARDI, Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI), dan terakhir menyumbang khidmat bakti selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Allahyarham dikenali sebagai seorang ketua yang tegas khususnya dalam kontroversi pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menyaksikan perjanjian berat sebelah yang nyata sekali membebankan rakyat terbanyak.
Asakan politik ketika itu membuatkan Allahyarham terpaksa membayar harga yang mahal: meletakkan jawatan selaku pengerusi TNB atas prinsip dan integriti.
Kesihatan Allahyarham acapkali terganggu beberapa tahun kebelakangan berikutan kanser prostat yang beliau hidap sekian lama tetapi dikesan hanya pada tahun 2010.
Azizah berkelapangan beberapa kali menziarahi Allahyarham mewakili kami sekeluarga.
Sekalung takziah buat Puan Sri Sakinah dan keluarga atas pemergian Allahyarham kembali menemui Sang Pencipta. Nyata sekali ia satu kehilangan besar buat negara khususnya atas batu tanda integriti Allahyarham yang telah dipasak dalam lembaran sejarah.
Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.