Followers
Monday, December 8, 2014
ADUN PKR : "Guna Akta Hasutan Bila Persoal Bajet PERMATA
‘Langkah ke belakang’ guna Akta Hasutan kerana persoal bajet Permata, kata Adun PKR Taman Medan Tindakan polis menggunakan Akta Hasutan menyiasat gesaan ke arah ketelusan dalam peruntukan bajet merupakan satu langkah mundur ke belakang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talha.
Haniza, yang mempersoalkan jumlah dana program pendidikan awal kanak-kanak, Permata, dipanggil polis pagi ini bagi disoal siasat mengikut akta berkenaan berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta".
“Saya melihat tindakan ini sebagai langkah ke belakang, kerana apa yang saya buat adalah hak saya sebagai wakil rakyat untuk mempersoalkan peruntukan bajet.
“Ini adalah trend yang membimbangkan dalam kita maju ke depan,” katanya di ibu pejabat polis Petaling Jaya.
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah penaung program Permata. Haniza disoal siasat Inspektor Hasbullah Muda, ditemani peguamnya Sivamalar Genapathy, yang juga naib ketua Wanita PKR.
“Kira-kira 6 hingga 10 soalan ditanya, tetapi saya kata saya akan jawab semuanya di mahkamah,” katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.