Menyedari pasangan anda main kayu tiga sudah pasti menjadi pengalaman paling pahit dalam kehidupan rumah tangga.
Pastinya, keadaan menjadi lebih teruk apabila mendapati orang ketiga itu ialah adik kembar anda sendiri.
Inilah
nasib yang menimpa seorang wanita di Suzhou, bandar di timur China,
yang mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan adik
kembarnya.
Selepas
sekian lama mengesyaki suami dan adiknya mempunyai hubungan intim,
wanita berkenaan, Ting Su, 29, kelmarin menjejaki mereka dengan mengguna
pengesan bergerak.
Dia
berjaya menjejaki mereka di sebuah pusat beli-belah dan mendapati
kedua-duanya dalam keadaan telanjang bulat di dalam kereta.
Sebaik
menyedari Ting Su meninjau ke dalam kereta itu, suami dan adiknya
bergegas keluar dari kereta berkenaan tanpa sebarang pakaian.
Wanita itu yang berang bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memalukan mereka.
Dia
memasuki kereta itu dan memandunya, meninggalkan suami dan adik
kembarnya itu dalam keadaan berbogel, di tempat letak kereta berkenaan.
Seorang
saksi, You Meng berkata: “Sungguh melucukan. Orang ramai serta-merta
mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keadaan pasangan itu. Saya
juga.
“Mulanya
lelaki itu menumbuk-numbuk cermin kereta, menjerit meminta isterinya
membuka pintu. Tetapi si isteri tidak mempedulikannya, sebaliknya terus
memandu.”
Menurut
laporan media tempatan, Ting Su mengesyaki suami dan adik kembarnya
menjalinkan hubungan sejak dia melahirkan anak kembar, dia juga dilapor sudah memfailkan tuntutan cerai.Credit HM
Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/adik-kembar-curang-dengan-suami-di.html#ixzz3MJZuG6qE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.