Dalam
kamus dewan bahasa dan pustaka, BANGANG bermaksud bodoh, dungu,tongong
dan bahlul.
Najib kata 'bangang', apa komen Kadir Jasin
HARAKAHDAILY.
KUALA LUMPUR: "Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah 'bangang' yang
Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak
membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin," tulis Datuk A Kadir
Jasin.
Tokoh Wartawan Negara itu menyatakan demikian menerusi blognya sebagai respons kepada ucapan penggulungan Najib pada perhimpunan agung parti itu semalam yang menggelarkan blogger upahan Umno sebagai bangang.
Berikut tulisan penuh beliau.
PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.
Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.
Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.
Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.
Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."
Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri.
Tak masuk akal. Bangang,” katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)
Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.
Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.
Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.
Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger “goblok”, Khairy Jamaluddin menanggil mereka “beruk” dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.
Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah “bangang” yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.
Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.
Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.
Wallahuallam.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.