Followers

Sunday, December 28, 2014

315 orang ditahan dalam operasi bersepadu besar-besaran Kita Bantai

 
operasi bersepadu

SANDAKAN: Operasi bersepadu besar-besaran yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilancarkan di sekitar bandar di sini awal hari ini yang menyaksikan seramai 315 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Bagaimanapun,  selepas pemeriksaan lanjut seramai 130 orang telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan untuk tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen, tiga orang ditahan reman kerana kesalahan dadah manakala selebihnya dibebaskan selepas dapat membuktikan dokumen yang sah diri masing-masing.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata operasi bersepadu sehari yang bermula jam 4 pagi itu melibatkan pelbagai agensi Keraajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh ESSCOM.

Beliau berkata operasi bersepadu itu tertumpu di kawasan penempatan kampung air pinggiran bandar Sandakan, termasuk Kampung Woodview, Kampung Forest, Kg Cahaya Baru dan yang penghuninya pernah dibanci oleh ESSCOM sebelum ini.

Katanya operasi yang turut mendapat kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tersebut juga telah merobohkan lebih  32  rumah penempatan haram yang dihuni oleh pendatang tanpa izin (PATI) manakala lebih 1,000 rumah lagi di kawasan operasi  itu telah diberi notis arahan perobohan oleh MPS kerana mendirikan rumah haram di tanah kerajaan.


Selain itu, beliau  berkata  operasi tersebut turut melibatkan beberapa  blok bangunan rumah kedai di bandar Sandakan yang dipercayai dihuni oleh PATI.

    Sukarti berkata operasi membanteras PATI itu merupakan langkah susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai PATI di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) baru-baru ini yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

  "Kerajaan memandang serius masalah PATI di Sabah, dan operasi ini merupakan permulaan kepada pelbagai langkah drastik yang kita akan ambil untuk menangani masalah PATI susulan laporan RCI.
 
    "Niat murni kita ialah membersihkan Sabah daripada PATI seperti yang diharapkan oleh rakyat tempatan di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
   
Turut berada di lapangan bagi memantau dan menjayakan operasi bersepadu itu ialah Komander ESSCOM Dato' Abdul Rashid Harun dan Pengarah Awam ESSCOM Ruji Ubi.
   
Sukarti berkata seramai 603 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Imigresen, Jabatan Hutan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Pasukan  Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Pertahanan Awam, Sabah Electricity Sdn Bhd, Jabatan Bekalan Air, Majlis Perbandaran Sandakan dan Ibu Pejabat Polis Sandakan menyertai operasi itu.awani

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/315-orang-ditahan-dalam-operasi.html#ixzz3N7TUDTPb

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.