SPAC terkejut masih banyak ketirisan
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.
Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.
"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.
"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian.
Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.
Berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara, PAC telah menyenaraikan 13 buah kementerian dan satu agensi kerajaan untuk dipanggil dalam prosiding akan datang.
"Kita dapati ada perkara-perkara yang perlukan penjelasan daripada kementerian dan agensi ini.
"Walaupun ada kes kecil dan tidak libatkan kos yang besar kita lihat ianya serius sehinggakan rakyat sendiri tidak tahu apakah bentuk program itu," katanya.
Menurut Nur Jazlan pihaknya akan mula memanggil kementerian terlibat bermula Januari 2015 dan dijangka berakhir pada Mac 2015 sebelum sidang Parlimen akan datang.
Pakatan desak Najib lepas jawatan menteri kewangan
Ahli Parlimen Kluang (DAP) Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar menggesa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan kerana tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.
Liew berkata, Malaysia memerlukan seorang menteri kewangan "sepenuh masa" yang dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk berdepan dengan cabaran ekonomi yang semakin mencabar dan pengurusan kewangan tidak terkawal.
Beliau berkata, sebagai menteri kewangan, Najib gagal menjalankan peranannya memperkukuhkan ekonomi negara kerana terlalu banyak kerja dan tidak dapat memberikan tumpuan.
"Sebab kerana cabaran ekonomi yang begitu teruk sekarang dan keadaan kewangan tidak terkawal menyebabkan negara memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa dan bukan dijawat perdana menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mahfuz berkata, apa yang berlaku sekarang ialah terdapat pertindihan tugas dan peranan Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri.
Mahfuz juga mempersoalkan kemampuan dan keupayaan Najib menjawat jawatan menteri kewangan kerana terdapatnya beberapa isu yang gagal ditangani dengan baik termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). -TMI
Kelab Greenboc
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.