Followers

Friday, November 28, 2014

" Video !! Ini Jawapan Abby Abadi Kepada Mashitah Ibrahim Yang Mengatakan Tentang Kewujudan Ustaz Dan Ustazah Express "

 Admin pun tidak faham apa yang berada dalam kepala otak ustazah UMNO ini. Orang nak guna pendekatan dakwah berbeza sekalipun ikut sukalah, yang kau nak menyibuk pasal apa, sekurang-kurang orang tarik golongan muda untuk berdakwah.
 
Baguslah ustaz-ustaz yang berdakwah dengan cara selingan lawak serta menyanyi lagu dakwah daripada engkau yang bergelar ustazah tapi mendiamkan sahaja salah laku kerajaan dengan makan gaji tiap-tiap bulan. Habis remaja hanyut dek kerana kerajaan hari ini, nasib baiklah ada ustaz-ustaz bollywood dan ustaz lawak yang engkau dakwa ini. Korang nilailah video dan berita di bawah ;
KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

"PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi. H Daily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.