Pengarah strategi MIC, Datuk Seri Vell Paari berkata presidennya Datuk
Seri G Palanivel perlu segera berundur kerana tidak mampu lagi
menjalankan tanggungjawab sebagai menteri alam sekitar.
Vell Paari berkata, menteri tersebut yang juga MP Cameron Highlands juga tidak hadir semasa kunjungan Sultan Pahang ke kawasan bencana banjir lumpur.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dilapor menyatakan kemurkaan ke atas Palanivel yang menurutnya tidak berbuat apa-apa selepas tragedi yang sama berulang di kawasan itu.
Vell, yang juga anak kepada presiden MIC, S Samy Vellu, turut membangkitkan beberapa tuduhan berhubung kegagalan Palanivel sebagai ketua parti.
“Kami di dalam MIC sudah lama mengesyaki bahawa Palanivel mengalami satu masalah perubatan yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.
“Malah ketika sultan mengunjungi Cameron Highlands semalam dan semasa kejadian sebelum ini, MP itu tidak hadir. Ini melanggar protokol dan rasa hormat kepada raja.
"Umum mengetahui bahawa presiden MIC itu pelupa dan sering mengalami keletihan yang teruk.
“Keadaannya itu menyebabkan sesetengah pihak mempengaruhi dan mengambil kesempatan ke atas presiden dan menguasai parti.
“Ini perlu berakhir. Tanda-tandanya semakin jelas,” kata Vell dalam kenyataannya.
Laporan akhbar hari ini menyebut, Sultan Pahang murka kerana Palanivel tidak melakukan tindakan drastik untuk mengelakkan tragedi itu berulang, selepas kejadian pertama tidak sampai setahun lalu.
“Apa yang beliau lakukan? Tiada apa... rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.
“Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikan kepada rakyat?,” titahnya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.
Sultan Ahmad Shah turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan mengundi parlimen itu lagi sekiranya isu berkenaan tidak ditangani.
“Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan pada kawasan sendiri terlebih dahulu.
“Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,” titahnya lagi.
Kejadian banjir lumpur terbaru di Cameron Highlands mengorbankan lima orang termasuk seorang remaja 13 tahun.
Pada Oktober lalu, banjir di Lembah Bertam mengorbankan empat nyawa.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.