Followers

Tuesday, November 25, 2014

Utusan Malaysia Dedah Pula Isu Tasik Chini Kian Terancam...??

 
LANJUTAN daripada pendedahan Utusan Malaysia berhubung situasi kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands, pihak kami menerima aduan beberapa lagi lokasi yang turut menuntut perhatian ramai.

Menerusi Laporan Khas hari ini, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia mengetengahkan realiti terkini Tasik Chini, Pahang merupakan sebuah tasik yang diiktiraf agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kerana kekayaan rizab biosfera.

Namun, tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di negara ini dilihat semakin bergelut untuk mengekalkan keaslian semula jadi akibat dihambat aktiviti manusia di sekelilingnya terutama perlombongan dan pembalakan hinggakan jangka hayat tasik ini turut menimbulkan perdebatan.

Sedangkan dahulu, permata pelancongan Pahang ini sentiasa menggamit pelawat dari seluruh dunia tetapi kini, tasik yang sarat dengan kisah legenda itu menuntut komitmen semua pihak bagi menyelamatkannya agar Orang Asli yang tinggal di tebing Tasik Chini dapat terus bergantung hidup kepada tasik tersebut.

PEKAN 23 Nov. - Penerokaan dan penarahan hutan di kawasan sekitar Tasik Chini menyebabkan ekosistem di tasik air tawar kedua terbesar negara itu hampir berubah secara keseluruhan sekali gus mengancam keaslian semula jadinya.

Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, larian air deras di permukaan yang membawa lumpur ke tasik akibat pembukaan hutan dan penarahan bukit di kawasan sekitarnya merupakan faktor utama yang mengganggu ekosistem tasik ini.

Beliau yang turut sama melakukan pemerhatian di Tasik Chini hari ini berkata, jelas kelihatan kawasan tasik semakin cetek akibat sedimentasi atau pemendapan kelodak-kelodak yang terkumpul di dasar tasik.

“Kemudian kelodak yang terhasil akibat hakisan terkumpul kerana aliran air tasik tidak dapat mengalir ke Sungai Pahang seperti dahulu berikutan kewujudan sebuah empangan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari tasik berkenaan.

“Sebab itu keadaan tasik tidak lagi mempesonakan, teratai pula hanya di lokasi tertentu sedangkan dahulu air cukup jernih hingga boleh nampak ikan toman berenang.

“Lubang ular yang menjadi tarikan pelancong kini sudah tertimbus, yang tinggal hanya papan tanda. Sebab itu, sesuatu perlu dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut beliau, keadaan persekitaran Tasik Chini akan menjadi lebih buruk apabila musim hujan dan situasi ini boleh dilihat pada warna air tasik yang semakin keruh.

“Parameter-parameter ekologi seperti oksigen dan cahaya ini bukan sahaja menyebabkan kualiti air berubah tetapi permukaan tumbuh-tumbuhan juga akan tertutup dan seterusnya menjejas­kan kehidupan di da­lam tasik.

“Jika keadaan ini di­biarkan, landskap semula jadi akan berubah, ikan akan berkurangan, tumbuh-tumbuhan mati dan perlu ditanam semula. Keadaan ini jelas memberi kesan kepada aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitarnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad mencadangkan agar diwujudkan zon penampan antara tasik dengan hutan bagi mengawal segala bentuk pembangunan atau penerokaan di kawasan sekitar Tasik Chini.




Katanya, untuk itu, beliau me­nyarankan semua pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan, Tourism Malaysia dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama berganding bahu dalam usaha mengekalkan keaslian keindahan Tasik Chini sebagai sebuah kawasan pelancongan terkemuka di negara ini.

“Semua pihak terlibat perlu duduk bersama membincangkan usaha menyeluruh agar tasik yang penuh keunikan itu kekal dengan keaslian panoramanya,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan penduduk bahawa tasik lagenda itu bakal menjadi sejarah beliau menegaskan tasik itu masih boleh dipulihkan jika semua pihak terlibat bersatu.

“Jika cetek masih boleh dikorek dan tumbuh-tumbuhan sekitarnya boleh ditanam semula walaupun tiada lagi nilai-nilai keasliannya.


“Jika semua pihak terlibat bersatu berusaha mengekalkan kawasan yang sememangnya cukup berpotensi sebagai produk pelancongan, pastinya Tasik Chini akan terus kekal pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di persekitaran tasik turut mendapati banyak hakisan berlaku di tebing manakala pokok-pokok di kiri dan kanan ditolak untuk laluan bot.

PDO.
Utusan Malaysia Dedah Pula Isu Tasik Chini Kian Terancam 6:26 PM No comments LANJUTAN daripada pendedahan Utusan Malaysia berhubung situasi kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands, pihak kami menerima aduan beberapa lagi lokasi yang turut menuntut perhatian ramai. Menerusi Laporan Khas hari ini, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia mengetengahkan realiti terkini Tasik Chini, Pahang merupakan sebuah tasik yang diiktiraf agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kerana kekayaan rizab biosfera. Namun, tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di negara ini dilihat semakin bergelut untuk mengekalkan keaslian semula jadi akibat dihambat aktiviti manusia di sekelilingnya terutama perlombongan dan pembalakan hinggakan jangka hayat tasik ini turut menimbulkan perdebatan. Sedangkan dahulu, permata pelancongan Pahang ini sentiasa menggamit pelawat dari seluruh dunia tetapi kini, tasik yang sarat dengan kisah legenda itu menuntut komitmen semua pihak bagi menyelamatkannya agar Orang Asli yang tinggal di tebing Tasik Chini dapat terus bergantung hidup kepada tasik tersebut. PEKAN 23 Nov. - Penerokaan dan penarahan hutan di kawasan sekitar Tasik Chini menyebabkan ekosistem di tasik air tawar kedua terbesar negara itu hampir berubah secara keseluruhan sekali gus mengancam keaslian semula jadinya. Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, larian air deras di permukaan yang membawa lumpur ke tasik akibat pembukaan hutan dan penarahan bukit di kawasan sekitarnya merupakan faktor utama yang mengganggu ekosistem tasik ini. Beliau yang turut sama melakukan pemerhatian di Tasik Chini hari ini berkata, jelas kelihatan kawasan tasik semakin cetek akibat sedimentasi atau pemendapan kelodak-kelodak yang terkumpul di dasar tasik. “Kemudian kelodak yang terhasil akibat hakisan terkumpul kerana aliran air tasik tidak dapat mengalir ke Sungai Pahang seperti dahulu berikutan kewujudan sebuah empangan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari tasik berkenaan. “Sebab itu keadaan tasik tidak lagi mempesonakan, teratai pula hanya di lokasi tertentu sedangkan dahulu air cukup jernih hingga boleh nampak ikan toman berenang. “Lubang ular yang menjadi tarikan pelancong kini sudah tertimbus, yang tinggal hanya papan tanda. Sebab itu, sesuatu perlu dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Menurut beliau, keadaan persekitaran Tasik Chini akan menjadi lebih buruk apabila musim hujan dan situasi ini boleh dilihat pada warna air tasik yang semakin keruh. “Parameter-parameter ekologi seperti oksigen dan cahaya ini bukan sahaja menyebabkan kualiti air berubah tetapi permukaan tumbuh-tumbuhan juga akan tertutup dan seterusnya menjejas­kan kehidupan di da­lam tasik. “Jika keadaan ini di­biarkan, landskap semula jadi akan berubah, ikan akan berkurangan, tumbuh-tumbuhan mati dan perlu ditanam semula. Keadaan ini jelas memberi kesan kepada aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitarnya,” jelasnya. Dalam pada itu, Dr. Ahmad mencadangkan agar diwujudkan zon penampan antara tasik dengan hutan bagi mengawal segala bentuk pembangunan atau penerokaan di kawasan sekitar Tasik Chini. Katanya, untuk itu, beliau me­nyarankan semua pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan, Tourism Malaysia dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama berganding bahu dalam usaha mengekalkan keaslian keindahan Tasik Chini sebagai sebuah kawasan pelancongan terkemuka di negara ini. “Semua pihak terlibat perlu duduk bersama membincangkan usaha menyeluruh agar tasik yang penuh keunikan itu kekal dengan keaslian panoramanya,” jelasnya. Ketika ditanya mengenai dakwaan penduduk bahawa tasik lagenda itu bakal menjadi sejarah beliau menegaskan tasik itu masih boleh dipulihkan jika semua pihak terlibat bersatu. “Jika cetek masih boleh dikorek dan tumbuh-tumbuhan sekitarnya boleh ditanam semula walaupun tiada lagi nilai-nilai keasliannya. “Jika semua pihak terlibat bersatu berusaha mengekalkan kawasan yang sememangnya cukup berpotensi sebagai produk pelancongan, pastinya Tasik Chini akan terus kekal pada masa akan datang,” ujarnya. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di persekitaran tasik turut mendapati banyak hakisan berlaku di tebing manakala pokok-pokok di kiri dan kanan ditolak untuk laluan bot. #sumber

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.