Noh perlu panggil Pas untuk kuatkan Umno Selangor
Menurutnya, walaupun beliau tidak keberatan
sekiranya digugur sebagai Pengerusi Umno Selangor, tetapi Najib tetap
mahukan dia memimpin Umno Selangor.
Ertinya Najib masih ada kepercayaan
kepada bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.
Jaminan Najib itu sudah tentu menggembirakan Noh Omar yang sebelum ini dikirik oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga mencadangkan agar Umno Selangor dibubarkan.

Kritikan Mahathir itu membikinkan Noh tidak lelap
tidur. Mujur tidak ada sambutan hangat terhadap cadangan Mahathir itu.
Kalau ia disambut sudah tentu kedudukan pengerusi Umno Selangor akan
berubah dalam masa terdekat.
Jaminan daripada Najib itu diperolehi Noh ketika beliau bertemu dengan Najib empat biji mata Selasa lalu. Pertemuan empat biji mata itu dianggap sebagai penting dan eksklusif.
Bagaimana pun disamping diberi peluang memimpin Umno Selangor, Noh diminta agar melakukan pembaikipulihan dalam Umno Selangor ini bagi memastikan parti itu dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.
Apa yang dapat disimpulkan dengan jaminan Najib supaya Noh meneruskan pimpinan Selangor menunjukkan Umno ketandusan pemimpin di negeri terkaya di Malaysia itu.

Dengan mengekalkan Noh itu menggambarkan Noh adalah
pemimpin terbaik setakat ini.
Sekiranya ada tokoh yang lebih baik
daripada Noh sudah pasti Najib sedia membubarkan Umno dan mencari ketua
baru.
Menarik juga apabila Noh diminta melakukan pembaikkan itu. Apakah agaknya idea Noh dalam hal ini. Noh sudah pasti diberi peluang terakhir untuk membawa kejayaan kepada Umno Selangor.

Sekiranya Umno masih gagal
ini bermakna nyawa dan nafas politik Noh akan berakhir.
Dalam hal ini suka saya mencadangkan kepada Noh untuk kelangsungan riwayatnya dalam politik di Selangor.

Jalan lain untuk mengukuhkan
kedudukan Umno Selangor dirasakan payah. Bukan senang juga untuk Noh
menggerakan semangat Umno Selangor termasuk pemimpin peringkat bahagian
agar bersamanya.
Khabarnya bukan semua ketua-ketua bahagian senang
dengan Noh, manakala anak-anak muda tidak melihat Noh sebagai ketua yang
ada idea dan wawasan.
Hanya satu cara yang saya nampak bagi Noh memulihkan keadaan dan seterusnya mengatur jalan untuk merampas Selangor daripada PKR dan DAP. Caranya Noh mesti berusaha untuk membawa Pas bersama Umno.

Itu sahaja
caranya. Noh memerlukan bantuan Pas untuk merampas Selangor. Umum tahu
sesetengah pemimpin Pas Selangior berminat untuk bergabung dengan Umno
atas maslahat untuk kepentingan agama dan bangsa. Perkara ini bukan
menjadi rahsia lagi.
Kenapa tidak Noh merapatkan diri dengan mereka ini. Bukankah sebelum ini sudah ada gagasan dan agenda untuk menyatukan Pas dengan Umno. Nah, Noh boleh mengambil kesempatan atas minat sesetengah pemimpin Pas ini. Keinginan sesetengah pemimpin Pas ini juga tidak dapat dibendung lagi. Penentangan terhadap Dr Wan Azizan Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan MB daripada Khalid Ibrahim memberi petunjuk yang mereka itu senang dengan Umno.

Apakah gerak bawah ini tidak difahami Noh?
Bagi memudahkan usaha Noh berbaik dan berpakat dengan Umno ini Noh boleh merisik khabar dengan beberapa personaliti berwajah ustaz dan ulama dalam Pas.

Mereka yang mempercayai kedudukan Islam dan bangsa Melayu
terancam waktu ini pasti sedia membuka jabatan tangan dengan Noh.
Mungkin Noh boleh mencari dan bermuzakarah dengan beberapa pemimpin Dewan Pemuda Pas yang pernah menghadiri dialog cendekiwan pada dua tiga tahun lepas yang turut mencari formula bagaimana hendak menggabungkan Pas dengan Umno.
Dalam masa sama juga mungkin Noh boleh swastakan Umno kepada bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dikatakan disayangi oleh rakyat.

Aset yang
ada kepada Khalid itu sepatutnya dimanfaatkan oleh Noh. Noh dan Umno
perlu menggunakan kehebatan Khalid. Ia tidak sukar kerana Khalid sendiri
adalah bekas ahli parti Umno.
Sudah pasti kehadiran Khalid dan beberapa pemimpin Pas akan menguatkan dan membantu Umno untuk merampas kerajaan Selangor.

Mereka juga akan
menjadi penyelamat kepada Melayu dan Islam di Selangor yang
digambar-gemburkan dalam keadaan terancam muasir ini.Perjuangan Khalid
dan beberapa pemimpin Pas yang obses kepada agama dan Islam juga sejalur
sejalan dengan Umno.
Saya rasa kalau Noh berjaya memancing Khalid dan beberapa pimpinan Pas Selangor dan juga beberapa pemuda Pas Malaysia itu sudah pasti Umno akan mendapat result yang baik dalam pilihan raya akan datang?
Untuk tujuan ini Noh juga boleh cuba merintis jalan dan merisik pendirian beberapa ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang kini sangat jelas kemiringan menara imannya, kemudian kemukakan cadangan atau pelan ini kepada Najib. Itulah cara bagi Noh untuk menguatkan Umno dan menjamin riwayat politiknya panjang. [wm.kl.6:48 pm 22/11/14] - mso

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.