Tetapi sebagai entiti yang tiada tempoh matinya, usia UMNO sukar diramalkan.
Hayatnya mungkin panjang dan mungkin juga pendek. UMNO ketika ini bukan saja menjadi antara parti paling lama berkuasa tanpa henti, bahkan mungkin satu-satunya parti yang menuntut kemerdekaan yang masih kekal menggenggam kuasa.
Sejak pilihanraya 2008, UMNO telah mengalami kemerosotan sokongan yang ketara daripada rakyat. Buat pertama kalinya, BN yang ditunjangi UMNO hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008 dan kemudian pilihanraya 2013 pula, bukan saja terus merosot jumlah kerusinya, malah turut kehilangan undi popularnya.
Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara pada 2009, beliau sedar parti ketika itu dalam keadaan lemah dan makin merosot.
Lantaran itu, peringatan awal yang kerap dilontarkannya ialah "berubah sebelum rebah" supaya ahli parti di semua peringkat segera memperbaiki diri, bermuhasabah serta melakukan perubahan.
Malangnya, dalam tempoh 2009 hingga pilihanraya 2013, melalui pelbagai slogan dan pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, sokongan rakyat tidak juga menjelma.
Selain kehendak rakyat makin kritikal dan pelbagai, isu yang menghantui rakyat juga ialah tiadanya perubahan dalam diri pemimpin yang sering melaungkan slogan "berubah sebelum rebah" itu.
Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri, mereka mendapati Datuk Seri Najib tidak bersungguh-sungguh berubah sebagaimana beliau meminta pemimpin dan ahli UMNO yang lain agar berubah.
Dengan pelbagai isu yang membeliti diri dan keluarganya sejak 2009, dari isu kemewahan, pembaziran, penonjolan isteri yang keterlaluan, perbelanjaan, mengurus kerajaan dan sebagainya, jelas tergambar bahawa Perdana Menteri juga gagal berubah sebenarnya.
Apabila beliau bercakap mengenai perubahan dan meminta orang lain berubah, sudah tentu teladan ini mesti hadir melalui dirinya terlebih dahulu. Bagaimana pemimpin dan ahli UMNO lain mahu berubah sedangkan yang melaungkan perubahan pun kekal selesa dengan gaya lama yang menjadi kebencian rakyat?
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-68 tahun ini, isu perubahan sekali lagi dilaungkan, tetapi kali ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula.
Jika dulu Presiden UMNO mengatakan "berubah sebelum rebah", Timbalan Presidennya pula menggesa agar "berubah sebelum diubah".
Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, berdasarkan keputusan pilihanraya pada 2008 dan 2013, adalah jelas UMNO kini berada dalam kedudukan yang kritikal dan memerlukan perubahan yang segera sebelum kalah lebih teruk lagi.
"Saya katakan kita sedang menghadapi tahap kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyaratnya sudah jelas di hadapan kita," tegasnya lagi.
Persoalannya, kenapa kali ini Tan Sri Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula yang menuntut agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam UMNO?
Apakah ini bermakna perubahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak 2009 telah mengalami kegagalan?
Sementara Datuk Seri Najib tidak bercakap lagi mengenai perubahan sejak kebelakangan ini, maksud perubahan dan pembaharuan yang ditekankan oleh Tan Sri Muhyiddin seharusnya juga difahami oleh ahli-ahli UMNO menjelang perhimpunannya kali ini.
Apakah maksud sebenar perubahan dan pembaharuan itu? Adakah ia hanya mengenai sikap, pendekatan dan corak kerja semata-mata atau ia termasuk juga perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO?
Tidak dinafikan bahawa sejak mengambil alih kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ditakrif lemah dan menimbulkan banyak masalah, Datuk Seri Najib telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan untuk memenangi pilihanraya tetapi masalah utamanya ialah beliau juga dilihat tidak berubah lantaran pelbagai isu lain yang tidak henti-henti mengenai dirinya sendiri.
Sebab itu, keputusan pilihanraya 2013 lebih buruk daripada 2008. Dan selepas pilihanraya 2013 pula, imej dan wajah UMNO terus lebih buruk lagi. Ini menyebabkan soal kemungkinan UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa bukan lagi diperbualkan oleh rakyat biasa, malah ramai pemimpin UMNO sendiri turut bimbang dengannya.
Jika Perhimpunan Agung UMNO tahun ini digunakan untuk menilai prestasi parti dan pemimpinnya serta tidak lagi bercakap soal retorika kaum, agama atau lawak jenaka, perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan sudah tidak dapat dielakkan lagi jika ingin terus berkuasa dan menang pilihanraya. Perubahan dan pembaharuan yang sudah tidak boleh dielakkan lagi ialah melibatkan Datuk Seri Najib sendiri.
Tanpa perubahan dan pembaharuan yang melibatkan "bahagian kepala dari seekor ikan", apa pun perubahan yang dilaungkan tidak akan berupaya menjana kemenangan kepada UMNO.
Apakah ini sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin apabila mengatakan perlunya UMNO melakukan perubahan dan pembaharuan?
Posted by mountdweller
UMNO gagal berubah,
siapa perlu diubah?
10:00AM Nov 23 2014
Shahbudin Husin
SUARA LANTANG: Minggu depan, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung
tahunannya sekali lagi. Jika dikira daripada tarikh ia ditubuhkan pada
1946, usia UMNO ketika ini sudah mencecah 68 tahun dan kalau ia seorang
manusia pula, ia adalah seorang tua yang sudah dijangkiti banyak
penyakit serta tidak berada lama lagi hayatnya di dunia ini.
Tetapi sebagai entiti yang tiada tempoh matinya, usia UMNO sukar
diramalkan. Hayatnya mungkin panjang dan mungkin juga pendek. UMNO
ketika ini bukan saja menjadi antara parti paling lama berkuasa tanpa
henti, bahkan mungkin satu-satunya parti yang menuntut kemerdekaan yang
masih kekal menggenggam kuasa.
Sejak pilihanraya 2008, UMNO telah mengalami kemerosotan sokongan yang
ketara daripada rakyat. Buat pertama kalinya, BN yang ditunjangi UMNO
hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008 dan kemudian
pilihanraya 2013 pula, bukan saja terus merosot jumlah kerusinya, malah
turut kehilangan undi popularnya.
Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan
negara pada 2009, beliau sedar parti ketika itu dalam keadaan lemah dan
makin merosot. Lantaran itu, peringatan awal yang kerap dilontarkannya
ialah "berubah sebelum rebah" supaya ahli parti di semua peringkat
segera memperbaiki diri, bermuhasabah serta melakukan perubahan.
Malangnya, dalam tempoh 2009 hingga pilihanraya 2013, melalui pelbagai
slogan dan pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, sokongan
rakyat tidak juga menjelma. Selain kehendak rakyat makin kritikal dan
pelbagai, isu yang menghantui rakyat juga ialah tiadanya perubahan dalam
diri pemimpin yang sering melaungkan slogan "berubah sebelum rebah"
itu.
Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri, mereka mendapati Datuk
Seri Najib tidak bersungguh-sungguh berubah sebagaimana beliau meminta
pemimpin dan ahli UMNO yang lain agar berubah. Dengan pelbagai isu yang
membeliti diri dan keluarganya sejak 2009, dari isu kemewahan,
pembaziran, penonjolan isteri yang keterlaluan, perbelanjaan, mengurus
kerajaan dan sebagainya, jelas tergambar bahawa Perdana Menteri juga
gagal berubah sebenarnya.
Apabila beliau bercakap mengenai perubahan dan meminta orang lain
berubah, sudah tentu teladan ini mesti hadir melalui dirinya terlebih
dahulu. Bagaimana pemimpin dan ahli UMNO lain mahu berubah sedangkan
yang melaungkan perubahan pun kekal selesa dengan gaya lama yang menjadi
kebencian rakyat?
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-68 tahun ini, isu perubahan sekali
lagi dilaungkan, tetapi kali ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula.
Jika dulu Presiden UMNO mengatakan "berubah sebelum rebah", Timbalan
Presidennya pula menggesa agar "berubah sebelum diubah".
Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, berdasarkan keputusan pilihanraya pada
2008 dan 2013, adalah jelas UMNO kini berada dalam kedudukan yang
kritikal dan memerlukan perubahan yang segera sebelum kalah lebih teruk
lagi.
"Saya katakan kita sedang menghadapi tahap kritikal, kalau perubahan
atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah.
Isyaratnya sudah jelas di hadapan kita," tegasnya lagi.
Persoalannya, kenapa kali ini Tan Sri Muhyiddin sebagai orang nombor dua
dalam parti dan kerajaan pula yang menuntut agar dilakukan perubahan
dan pembaharuan dalam UMNO?
Apakah ini bermakna perubahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak
2009 telah mengalami kegagalan?
Sementara Datuk Seri Najib tidak bercakap lagi mengenai perubahan sejak
kebelakangan ini, maksud perubahan dan pembaharuan yang ditekankan oleh
Tan Sri Muhyiddin seharusnya juga difahami oleh ahli-ahli UMNO menjelang
perhimpunannya kali ini.
Apakah maksud sebenar perubahan dan pembaharuan itu? Adakah ia hanya
mengenai sikap, pendekatan dan corak kerja semata-mata atau ia termasuk
juga perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO?
Tidak dinafikan bahawa sejak mengambil alih kepimpinan daripada Tun
Abdullah Ahmad Badawi yang ditakrif lemah dan menimbulkan banyak
masalah, Datuk Seri Najib telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan
untuk memenangi pilihanraya tetapi masalah utamanya ialah beliau juga
dilihat tidak berubah lantaran pelbagai isu lain yang tidak henti-henti
mengenai dirinya sendiri.
Sebab itu, keputusan pilihanraya 2013 lebih buruk daripada 2008. Dan
selepas pilihanraya 2013 pula, imej dan wajah UMNO terus lebih buruk
lagi. Ini menyebabkan soal kemungkinan UMNO kalah pilihanraya dan hilang
kuasa bukan lagi diperbualkan oleh rakyat biasa, malah ramai pemimpin
UMNO sendiri turut bimbang dengannya.
Jika Perhimpunan Agung UMNO tahun ini digunakan untuk menilai prestasi
parti dan pemimpinnya serta tidak lagi bercakap soal retorika kaum,
agama atau lawak jenaka, perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan
sudah tidak dapat dielakkan lagi jika ingin terus berkuasa dan menang
pilihanraya. Perubahan dan pembaharuan yang sudah tidak boleh dielakkan
lagi ialah melibatkan Datuk Seri Najib sendiri.
Tanpa perubahan dan pembaharuan yang melibatkan "bahagian kepala dari
seekor ikan", apa pun perubahan yang dilaungkan tidak akan berupaya
menjana kemenangan kepada UMNO. Apakah ini sebenarnya mesej yang cuba
disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin apabila mengatakan perlunya UMNO
melakukan perubahan dan pembaharuan?
Posted by mountdweller
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.