Followers

Thursday, November 27, 2014

Tuduh DAP Parti Cauvinis, Tapi Makin Ramai Melayu Sertai DAP


Tuduhan Ketua Pemuda Umno kononnya DAP sebagai parti cauvinis tidak mengurangkan, malah menarik minat dan keahlian lebih ramai anak muda Melayu untuk menyertai DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebaliknya Umno yang terus menjadi parti eksklusif kepada orang Melayu Bumiputera dan tidak kepada bukan Melayu,
“Bukankah kejayaan menarik minat anak muda Melayu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinis mahupun perkauman, tetapi sebuah parti politik berbilang kaum yang berjuang demi seluruh rakyat Malaysia?, kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Khairy memilih jalan gelap para ekstremis seperti Perkasa apabila menggunakan ucapan dasarnya untuk menyalahkan orang bukan Melayu kononnya mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan rasmi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
“Menyalahkan orang bukan Melayu adalah pengkhianatan dan politik jahat Khairy.
Ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“(Sedangkan)Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak Raja-raja Melayu di awal 90-an,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Ujarnya, Khairy mengambil jalan mudah menggunakan sentimen perkauman kerana tidak mempunyai jawapan dan sedar bahawa Umno bukanlah sebahagian daripada penyelesaian, malah Umno punca masalah sebenar.
 
Mengapa tak bahas isu ekonomi?
Dalam pada itu Guan Eng merujuk Laporan Pembangunan Manusia 2013 bahawa 53 peratus isi rumah Malaysia yang tidak memiliki aset kewangan, manakala satu dalam setiap tiga warga Malaysia tidak mempunyai sebarang jenis akaun bank.
Laporan itu turut mendedahkan isi rumah luar bandar mencatat angka tertinggi di kalangan mereka yang tidak mempunyai aset kewangan (63%)  berbanding 45% isi rumah bandar.
Mengikut pecahan etnik, sekitar 57 peratus Bumiputera bukan Melayu dan 55 peratus Melayu tidak mempunyai aset kewangan, manakala angka bagi kaum Cina (45%) dan India (44%).
Memetik angka Bancian Pendapatan Isi Rumah hampir 90 peratus dan 86 peratus isi rumah luar bandar tidak mempunyai simpanan, sementara itu majoriti isi rumah pada kadar 88 peratus tidak memperolehi pendapatan daripada simpanan mereka.
Data KWSP setakat 2013 menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia menghampiri usia pencen tidak mempunyai dana mencukupi bagi mengekalkan hidup asas untuk lebih lima tahun.
Kata Guan Eng, simpanan rendah ini hakikat majoriti rakyat Malaysia mendapat gaji rendah dam agihan gaji bulanan menunjukkan pada 2013, satu pertiga atau 2.1 juta pencarum KWSP memperolehi kurang daripada RM1,000.
Manakala lebih kurang tiga suku (76.8%) pencarum memperolehi kurang daripada RM3,000 dan sekitar 90 peratus bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan.
“Kenapa Khairy tidak berucap mengenai laporan ini yang memberi kesan langsung kepada masa depan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda termasuk Melayu dan Bumiputera? soal Guan Eng.

- Roketkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.