Followers

Saturday, November 8, 2014

TERKINI - Lee Chong Wei Positif Guna Dadah Terlarang




Sampel B pemain badminton Nombor satu dunia, Lee Chong Wei telah disahkan positif dexamethasone. Badminton Association of Malaysia (BAM) akan membuat kenyataan rasmi di sebuah sidang mendia pada jam 2 petang di Ibu pejabat BAM di Bukit Kiara, hari ini.

Chong Wei, telah dipilih untuk melalui ujian doping secara rawak ketika kejohanan dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lepas. Ujian sampel B, atau ujian kedua doping test telah dilakukan setelah Chong Wei gagal melepasi ujian doping yang pertama.

Dia bakal menghadapi larangan bermain selama dua tahun tetapi dia akan mendapat peluang untuk membuat rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Dexamethasone bukan dadah untuk meningkatkan prestasi tetapi sejenis ubat steroid dengan kesan-kesan anti-radang yang biasanya digunakan untuk membantu pemulihan seseorang atlet.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.