Teguran
yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir khususnya dan beberapa orang
pengkeritik lain mengenai ‘ketempangan’ UMNO kini seolah-olah tidak
dipedulikan.
Malah ramai juga pemimpin yang cuba menafikan kenyataan
yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.
Cuma yang tidak dinyatakan oleh
mereka secara terang-terang ialah bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun
Mahathir (M) itu sebagai kenyataan pemimpin tua yang sudah ‘nyanyuk’.
Tun M telah menyatakan dalam Blognya bertarikh 5 November 2014 tentang
perubahan yang perlu dilakukan dalam UMNO Selangor. Selanjutnya beliau
menyatakan, ‘Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor
ialah pembubaran dan penyusunan semula.
Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor
perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka
perlu undur’
Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Tun M itu telah pun disuarakan oleh
DS Najib sendiri yang beliau merasakan begitu ‘penat’ melayan kerenah
yang berlaku di UMNO Selangor ini.
The Malaysian Insider bertarikh 1
November 2014 telah memuatkan kenyataan DS Najib dibawah jodol, ;
‘Tired’ Najib wants Selangor UMNO to grab back state from Pakatan’.
Selanjutnya beliau menyatakan,’ "I feel so tired. It is such a big
embarrassment when BN is mentioned as the opposition,” katanya di
Konvenyen UMNO pada tarikh berkenaan.
Dua kenyataan dan teguran yang dibuat oleh dua orang pemimpin lama dan
baru ini seolah-olah seperti slogan yang banyak terdapat di kawasan
masjid-masjid yang berbunyi,’ SEMBAHAYANGLAH SEBELUM ANDA
DISEMBAHAYANGKAN’.
Lebh kurang begitulah mesej yang hendak disampaikan
oleh kedua-dua pemimpin ini. Walaupun ada peribahasa Inggeris ada
menyatakan tentang, ‘don’t kill a messenger’ namun ramai pemimpin UMNO,
khususnya di Selangor yang mengambil sikap ‘confrontational’ terhadap
kenyataan pemimpin-pemimpin ini.
Kenyataan Setiausaha UMNO Selangor, Saudara Johan Abdul Aziz sebagaimana
yang disiarkan oleh Malaysiakini bertarikh 8 November 2014 dibawah
tajuk, “ Selangor UMNO says Dr M disparaging the party’ telah membidas
kenyataan Tun M dengan menyatakan bahawa Tun M tidak sepatutnya membuat
tuduhan sedemikian dengan tidak mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan
nyata. Selanjutnya beliau menjelaskan,
“Don’t keep putting forward this corrupt image about Umno. If there is
corruption, then arrest all the Umno people….To me, it is wrong that Tun
talked about corruption.
If he has evidence - and he is the former
prime minister - then bring it to the authorities….I think this does not
give a good image to the party because he too is an Umno member,”
Tetapi soalnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh lama yang amat
berpengalaman dalam parti UMNO pun pernah kata tentang persoalan rasuah
yang melibatkan UMNO.
Kata Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li ), ‘
Corruption is the biggest problem. If we can get rid of some or most
then ( the problem) is resolved…. Projects are too expensive and the
costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom
have to bear the additional cost’.
51% rakyat Malaysia mungkin kata begitu. Setuju sangat dengan pandangan
Ku Li yang mengatakan bahawa rasuah dan penyelewengan adalah merupakan
masalah besar dan sekiranya masalah ini dapat diatasi maka banyak
masalah akan dapat selesai.
Sebahagian besar rakyat sudah lama tahu
mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin. Dan
salah satu sebab yang menyebabkan mereka mengundi pembangkang dalam PRU
13 adalah berpunca daripada keadaan itu.
Suasana seperti itu juga yang ditakuti oleh DS Najib dan Tun M. Lantas
mereka menyarankan agar UMNO amat perlu membuat perubahan.
Dan antara
saranannya ialah agar pemimpin lama dalam UMNO yang dikira sudah ‘luput
tarikh’ harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda yang
berpotensi untuk menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin.
Lagi pun
para pemimpin yang ‘sudah luput tarikh’ harus sedar bahawa cara
‘berpencak’ pada Kurun ke 21 adalah amat berbeza dengan ‘sepak terajang’
pada Kurun ke 20.
Justeru mungkinlah pemimpin UMNO lama sudah agak
letih dan penat untuk berpencak di pentas Kurun ke 21.
Terus terang aku katakan bahawa ramai yang menyokong pembangkang bukan
disebabkan mereka tidak bersetuju dengan dasar UMNO ( BN) tetapi mereka
tidak menyukai perangai ramai pemimpin UMNO (BN) yang rasuah dan
terlibat dalam berbagai penyelewengan.
Lebih daripada 51% rakyat
Malaysia kini yang agak meluat dengan perangai dan sikap sebahagian
besar pemimpin UMNO (BN) yang memerintah negara ini.
Para pemimpin UMNO (BN) seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan
mata apabila isu rasuah dan penyelewengan ini diperkatakan oleh rakyat.
Seolah-olah bukan mereka yang terlibat dengan apa yang diperkatakan oleh
rakyat.
Mereka dapat menafikan apa yang mereka telah lakukan. Oleh
kerana mereka berkuasa, maka mereka dapat menggunakan jentera kerajaan
untuk ‘tolong’ menidakkan apa yang telah mereka lakukan.
Mereka amat
‘bijak’ menggunakan ‘ilmu’ yang mereka pelajari untuk melakukan
penyelewengan dan rasuah sehingga terlalu sukar pihak berkuasa untuk
menuduh kegiatan jahat mereka.
Lebih 51% rakyat Malaysia tahu apa yang mereka lakukan. Jikalau tidak
masakan 51% rakyat menentang UMNO ( BN ) dalam PRU 13 yang lalu.
Sudah
jelas di mata rakyat ada perbuatan-perbuatan sumbang yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.
Mereka
‘tergamak’ menafikan perbuatan terkutuk mereka. Dan sebaliknya ada pula
yang terus menuduh orang yang melaporkan perbuatan terkutuk mereka.
Yang anihnya, pemimpin sedemikian masih ada yang mahu ‘mengikut’nya.
Pengikutnya terus menerus mengangkatnya menjadi pemimpin. Bukan itu
saja, malah terus dilantik memegang jawatan dalam kerajaan.
Dan yang
empunya diri yang terpalit, tidak pula segan silu menerima jawatan yang
ditawarkan.Apakah rakyat Malaysia yang sebegini sudah hilang
pertimbangan langsung dan sudah tidak dapat menilai sesuatu yang baik
dengan yang buruk.
Apakah sudah dikaburi agaknya mata mereka yang sudah
tidak dapat melihat dengan jelas, membezakan antara keburukan dan
kebaikan.
Jikalau keadaan sebegini berjalan terus menerus, maka aku tidak tahu ke
manalah agaknya akhirnya ‘destinasi’ negara ini. Sebagaimana yang
dikatakan oleh Ku Li, ‘Projects are too expensive and the costs are
passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear
the additional cost’.
Maknanya sesuatu projek yang dijalankan oleh
kerajaan adalah terlalu mahal dan dibahu rakyatlah diletakkan bebanan
untuk menanggung kos –kos tambahan.
Lantas kesimpulan yang dibuat oleh
Ku Li itu ialah, kerajaan seharusnya memerangi rasuah dan penyelewengan
ini dengan sekeras-kerasnya dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak.
( Kerajaan kata mereka mengurangkan harga subsidi minyak).
Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya
membincangkan isu rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan sebagai agenda
penting dan bukan sebagai ‘pesta’ untuk memuji dan memuja pemimpin.
Tidak juga PAU itu dijadikan sebagai pentas ‘Maharaja Lawak’ dimana para
badut mempamerkan ‘kebolehannya’ untuk berlawak jenaka.
Persidangan Agung UMNO adalah pentas untuk membincangkan tentang nasib bangsa Melayu menghadapi Kurun ke 21.
Kedahlanie
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.