Followers

Monday, November 3, 2014

Shafee guna kes liwat saya untuk jadi bakal peguam negara, kata Anwar - OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

  Published: 3 November 2014

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuruni tangga meninggalkan Mahkamah Persekutuan selepas rayuan kes liwatnya ditangguhkan hari ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuruni tangga meninggalkan Mahkamah Persekutuan selepas rayuan kes liwatnya ditangguhkan hari ini. – 

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan rayuan kes liwatnya dengan matlamat untuk menjadi bakal peguam negara.

“Ada banyak gimik politik (digunakan) ketika prosiding oleh peguam Umno ini yang mahu menjadi peguam negara,” kata ketua pembangkang itu kepada wartawan selepas prosiding rayuan kesnya yang ditangguhkan hari ini.

Ketika menyampaikan hujahan penggulungan bagi pihak pendakwaan hari ini, Shafee di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata hubungan seksual di antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Anwar berlangsung sebelum 26 Jun, 2008, tarikh di mana Anwar didakwa meliwat Saiful.

Ketika perbicaraan, Mahkamah Tinggi memerintahkan semua bukti dibuang kecuali yang berkaitan dengan pertuduhan.

Tetapi hari ini, Shafee mohon penemuan sebelum ini diterima oleh Mahkamah Persekutuan.

Shafee juga memberitahu panel hakim pakar kimia kerajaan membangunkan profil DNA tertuduh daripada botol air mineral, tuala dan berus gigi yang diambil daripada Anwar yang bermalam di lokap balai polis Kuala Lumpur.

Timbalan pendakwa raya ad-hoc yang diambil kerajaan hanya untuk kes itu berkata, DNA berkenaan ada kaitan dengan ‘Lelaki Y’ yang diambil daripada sampel rektum Saiful.

Ini membuktikan kes pendakwaan iaitu berlaku penetrasi dan liwat, hujah Shafee.

Di luar kamar mahkamah, Anwar berkata DNA adalah “sains dan bukan politik”.

“Ia tidak patut digunakan untuk mencantikkan kes ini dan guna ia sebagai helah politik. Ia tidak akan berjaya,” katanya.

Anwar, yang juga mendapatkan khidmat bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara Datuk Seri Gopal Sr Ram sebagai ketua peguam belanya berkata, pasukan pembelaan akan membuktikan fakta yang dibangkitkan Shafee tidak benar.

Katanya, panel lima hakim berkenaan sangat teliti dan sabar, tidak seperti panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa ketika mengendalikan kes itu.

Mahkamah Persekutuan pada awalnya menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, tetapi prosiding itu dilanjutkan hingga esok berikutan hujahan penggulungan yang panjang.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2012 dengan alasan bukti DNA yang lemah, tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan menghukum ahli politik itu dengan 5 tahun penjara.

Shafee berkata, beliau melengkapkan 65% daripada hujahannya dan menjangka dapat menyelesaikan tugasannya tengah hari esok.

Beliau mengakhiri penggulungannya pagi ini dengan menolak saksi pembelaan, bekas doktor Hospital Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul, individu pertama memeriksa Saiful selepas dakwaan liwat itu.

Dr Osman dalam keterangannya berkata beliau tidak menemui bukti serangan seksual terhadap Saiful berdasarkan kepada pemerhatian klinikal.

Pihak pembelaan berhujah rantaian bukti dalam kes itu rosan apabila pendakwaan gagal meletakkan Dr Osman sebagai saksi pendakwaan.

Tetapi Shafee berkata, Dr Osman tidak bercakap benar.

“Kami sudah membuktikan beliau menipu dan saya mengulanginya sekali lagi,” katanya.
Pihak pembelaan dijangka menghabiskan sepanjang petang esok untuk mematahkan hujah pendakwaan. – 3 November, 2014.

See more: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.
 
  • Zar Ali III's photo.Zar Ali III YDP Agong wajib menyiasat SIAPA Muhammad Shafiee ini sebenarnya - dan adakah dia benar benar mengamalkan Islam sebenar dan ikhlas memeluk Agama Islam..... 
     
    Kerana ini tanggunjawab berat kepada YDP Agong - jika tersalah pilih.... negara ini akan dipenuhni dengan orang orang bersalah yang tidak didakwa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.