Perbicaraan rayuan kes liwat DSAI di Mahkamah persetukuan yang dibenarkan cuma 2 hari tapi akhirnya menjangkau ke 1 minggu, apakah ianya memberi kesan kepada UMNO atau kesedihan kepada PR serta kepiliuan sebuan keluarga?
Peguam DSAI bekas Peguam Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram, Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan N. Surendran.
Jom kita bincangkan apakah implikasi dari perbicaraan ini, sama ada DSAI berehat di penjara atau sebaliknya?
TETAPI tanpa keputusan itu pun, kita boleh memperkatakan kepemimpinan dan masa depan Pakatan Rakyat dengan atau tanpa Anwar sebagai ketua.
Pertama sekali, sama ada Anwar bebas atau masuk penjara sekali lagi, hidup kita, seperti kata penulis kanan akhbar The Star, Joceline Tan, akan merasa kesannya.
Menulis dalam edisi Ahad, 26 Oktober, Tan menyimpulkan: “But lives will be impacted again whichever way the court decides next week.”
Ada dua senario kepada situasi ini.
1. Kalau Anwar masuk penjara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan ketua yang karismatik, tetapi memperoleh simpati. Setelah bercakaran dan kacau-bilau akibat krisis Menteri Besar Selangor, PR memerlukan simpati dan persefahaman penyokongnya, dan
2. Kalau hukuman salah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan diterbalikkan (overturned) oleh Mahkamah Persekutuan, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah oleh musuh-musuhnya. Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah kukuh.
Ramalan PR akan hancur musnah kalau Anwar dipenjarakan mungkin pramasa (premature). Sebaliknya simpati yang tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk memperkukuh dan memperluaskan sokongan. Ia sudah pun sekian lama mempersembahkan liwat 2 sebagai persekongkolan (conspiracy) politik.
Generasi lama sudah semakin lupa dan tidak begitu peduli lagi dengan liwat 1 pada tahun 2000 manakala generasi muda yang kini memegang “trump card” kuasa politik, tidak tahu atau tidak percaya. Pada 8 Ogos 2000 beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan itu.
Akibat pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, BN hilang sokongan dalam PRU 1999 walaupun ia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang karismatik dan lincah permainan politiknya. Dr Mahathir mengekalkan majoriti dua pertiga BN.
Ianya hanya Ramalan
Ramalan bahawa PR akan berpecah tanpa Anwar perlu berlapik. Ada dua bentuk pemangkin yang membuatkan PR berjaya sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.
Daripada aspek psikologi pula, PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat bahawa mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri.
Satu lagi faktor yang memihak kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda. Selain veteran seperti Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti-parti PR, terutamanya PKR dan DAP digerakkan oleh generasi pelapis.
Gabungan kepemimpinan pelapis yang meluas dengan bilangan pemilih muda yang semakin meningkat boleh menjadi dorongan (impetus) kepada parti-parti PR untuk terus berpakat walaupun wujud perbezaan ideologi dan dasar yang ketara.
Mereka boleh memilih untuk berpecah dan kekal pembangkang atau bersatu dalam kepelbagaian dan membina di atas 52 peratus undi majoriti yang mereka peroleh pada PRU lalu.
Sebahagian kekuatan PR berpunca daripada kelemahan BN. Melainkan BN sudah pulih secukupnya daripada bencana Tsunami Cina PRU 2013, ia tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada pemenjaraan Anwar.
Sebaliknya BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR dari “suite”nya di penjara. Dan seandainya dibuang kes maka jadilah beliau “makhluk suci” yang kalis fitnah.
Dapatan di atas adalah satu andaian penulis dan memberikan gambar bagaimana kesan jangka panjang dan pendek khusus kepada PR dan demokrasi di Malaysia
DIRECTER Gajah Menta
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.