Trafik Cops : RM30juta duit rakyat dilaburkan untuk bangunkan system kutip duit rakyat... TERBAIK..!!!
Kementerian Dalam Negeri
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperuntukkan RM30
juta kepada agensi penguatkuasaannya untuk membangunkan sistem
pembayaran dalam talian - Trafik Cops - di negara ini.Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, Trafik Cops adalah antara kaedah yang akan dilaksanakan KDN untuk menyelesaikan bayaran saman dalam kalangan pesalah warga asing.
Beliau berkata, menerusi peruntukan itu, agensi penguatkuasaan terlibat akan dilengkapkan dengan alat pengimbas nombor plat kenderaan atau 'Automated Numbers Plate Recognition' (ANPR) di semua pintu masuk negara.
"Melalui sistem ini, kami berharap dapat menyelesaikan isu pembayaran saman membabitkan warga asing khususnya Singapura kerana di setiap pintu masuk negara, kenderaan warga asing akan diimbas oleh ANPR untuk melihat kesalahan-kesalahan trafik.
"Ini bermakna sebelum meninggalkan negara, mereka mesti melunaskan samantersebut dahulu," katanya semasa Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3, di sini hari ini.
Ditanya jika ada warga asing menukar nombor kenderaan mereka sebelum melepasi pintu masuk Malaysia, Mohamad Khalid berkata, perkara tersebut adalah di luar jangkauan pihaknya.
"Data tentang pemilikan nombor kenderaan berada di bawah agensi penguatkuasaan warga asing itu.
"Kita tidak akan dapat data itu sewenang-wenangnya, justeru itu payah untuk mengenal pasti jika mereka (warga asing) menukar nombor kenderaan," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan Isnin lepas, menyebut bahawa sebanyak 16.3 juta saman dikeluarkan oleh polis trafik bagi tempoh 2011-2013 dan daripada jumlah itu, 121,664 merupakan saman terhadap bukan warganegara.
Laporan itu juga menyebut daripada 121,604 saman, hanya 12,713 diselesaikan dengan anggaran perolehan sebanyak RM7.63 juta. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.