Rizalman berlari ke arah teksi yang sedang menunggu di luar mahkamah di Wellington. -AFP
WELLINGTON: Bekas diplomat Malaysia di New
Zealand yang dituduh melakukan serangan seksual menafikan pertuduhan
terhadapnya dan minta dibicarakan ketika hadir di mahkamah, Jumaat.
Rizalman Muhammad Ismail, 38, telah diekstradisi ke New Zealand pada
bulan lepas selepas meninggalkan negara ini di bawah kekebalan
diplomatik, ketika pertama kali didakwa pada bulan Mei.
Semasa pendengaran terbaharunya di mahkamah, bekas pegawai waran II itu
menafikan tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk
melakukan perlanggaran seksual dan seterusnya akan hadir semula di
mahkamah pada Februari.
Dalam penampilannya di mahkamah sebelum ini, Rizalman berada di bawah
jaminan di satu alamat yang tidak didedahkan tetapi terpaksa menyerahkan
pasportnya dan berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Dia dituduh mengancam dan cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun
di rumahnya di pinggir bandar Wellington, lokasi di mana letaknya
Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Rizalman, yang merupakan seorang atase pertahanan di suruhanjaya tinggi,
berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah. (mStar)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.