Followers

Tuesday, November 11, 2014

Rafizi Dedah Bukti Menteri Bohong

 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mendedahkan perjanjian hutang 1Malaysia Development (1MDB) di Parlimen Isnin ini bagi membuktikan Menteri sebenarnya berbohong.

Beliau merujuk penafian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

RAFIZI_HQ“Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.

“Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat,” kata Rafizi dalam kenyataan.

Semalam, Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai kedudukan kewangan 1MDB menyatakan, dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.

“(Itupun) setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

“Oleh itu, mulai minggu depan, saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu.
 
 
“Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu,” tegas Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Oleh itu, beliau memberi Ahmad Maslan sehingga Ahad ini untuk memperbetulkan kenyataannya, jika tidak, beliau tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana berbohong kepada Parlimen. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.