Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan
Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan
diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.
Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia.
Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia.
Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Hasan Malek.
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini
telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit
bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal
(managed float).
Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan
harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah
Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983.
Melalui APM, Kerajaan
akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan
kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
Walau bagaimanapun, melalui
pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk
akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.
Ini bermakna jika
harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan
diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di
bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada
harga runcit RM2.30 seliter.
Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau
harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan
menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.
Jika trend ini
berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember
akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.
Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga
RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1
Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada
kaedah yang disebut di atas.
Kerajaan akan mengikuti perkembangan
pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk
menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat
berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97.
Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat
menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah
dunia.
Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan
diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan
pelaksanaan kaedah ini.
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.