Followers

Sunday, November 23, 2014

PR1MA: Dulu lawak, sekarang betul-betul SHAMSIAH SAMSURI



 
DULU-dulu, apabila dilancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sekitar tahun 2012, maka besarlah harapan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman impian.
Mengikut maklumat yang diberikan harga rumah adalah sekitar RM100,000 hingga RM400,000 dan ditawarkan kepada semua rakyat yang berpendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Selepas beberapa tahun berlalu, harapan untuk memiliki kediaman mula pudar sedikit demi sedikit. Maklumlah, bagi kami yang bekerja di bandar khususnya di Lembah Kelang, untuk memiliki rumah pangsa kos sederhana pun berharga sekitar RM200,00 hingga RM300,000.

Bagi yang bekerja suami isteri mungkin boleh diusahakan juga. Bagaimana dengan yang pasangan yang hanya suami bekerja? 
 
Dengan pendapatan bulanan bersih sekitar RM3000 sebulan, tentunya tidak mampu apabila dinilai dalam suasana kos sara hidup yang tinggi hari ini - Duit kegunaan harian, duit sewa rumah, duit minyak motosikal, duit untuk menyambut cahaya mata dan pelbagai kos lagi.
Apatah lagi, belum pun projek PR1MA berjalan sepenuhnya, dikhabarkan harga rumah akan naik apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan sepenuhnya.

Pilihan lain yang ada ialah membeli rumah PR1MA di zon utara dan suami saya terpaksa mencari pekerjaan baru. Masalahnya, belum tentu dapat kerja dengan gaji sekarang.

Mula-mula, rakan-rakan selalu bergurau dengan mengatakan slogan tu sepatutnya berbunyi “rumah mampu tengok...”. Sekarang gurauan itu benar-benar menjadi realiti kepada kami. – 
 
 
HARAKAHDAILY 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.