Followers

Wednesday, November 19, 2014

Polis Thailand Keluar Waran Tangkap Kes Organ Manusia

Pegawai polis Thai menunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok semalam, anggota badan manusia yang dijumpai di dalam bungkusan yang cuba dihantar oleh dua rakyat Amerika Syarikat balik ke negara mereka. - Foto Reuters

BANGKOK: Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap dua rakyat Amerika Syarikat (AS) yang cuba untuk mengirim kepala bayi, kaki dan anggota tubuh manusia yang diawetkan ke AS atas alasan objek itu dicuri dari muzium perubatan di negara itu.

Kes itu mendapat perhatian antarabangsa apabila polis Thailand meminta kerjasama pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan dua warga AS berkenaan yang mengembara ke negara jiran terbabit pada Ahad dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pula membantu dengan siasatan di AS.

Polis menyoal siasat Ryan McPherson, 31 dan rakannya, Daniel Tanner, 33, pada hujung minggu lalu di Bangkok tetapi membebaskan mereka dan membenarkan pergi ke Kemboja.

Bagaimanapun, Ketua Biro Penyiasatan Polis Bangkok, Mejar Jeneral Sombat Milintachinda berkata, perkembangan terbaharu yang muncul selepas pemergian mereka menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap berdasarkan dakwaan mencuri, memiliki barangan curi dan membuat pengisytiharan palsu barangan dalam dokumen penghantaran perkapalan.

"Bukti yang kami kumpul mendapati mereka sama ada mencuri organ manusia itu atau mereka beli dari orang lain. Kami perlu menahan mereka untuk soal siasat lanjut," katanya. - AP

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.