KUALA LUMPUR:
Isu halal sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang beragama
Islam, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Kerjaya Pemuda PAS Perak, Mohd
Syakirin Husain.
Justeru, katanya Laporan Ketua Audit Negara, yang dipetik oleh Bernama, 10 November, bertajuk 'Rumah Sembelihan Ayam Di Pusing, Perak Tidak Patuh Syarat Sijil Halal - Audit' benar-benar menimbulkan rasa tidak senang kalangan rakyat khususnya mereka yang beragama Islam di negeri itu.
Katanya, berkata pihak berwajib perlu memandang serius perkara ini dan perlu tampil memberikan penjelasan.
"Kredibiliti pihak Jakim dan Jaipk telah sekian lama dipersoalkan. Jika isu-isu begini terus-menerus timbul tanpa penyelesaian yang tuntas dan segera, dibimbangi masyarakat Islam akan langsung hilang kepercayaan," ujarnya.
Menurutnya lagi, sebelum ini heboh isu sijil halal diberikan kepada syarikat pengeluar Bihun Cap Masjid yang didedahkan langsung tidak mematuhi syarat sijil halal, begitu juga isu coklat cadbury yang pernah ditimbulkan sebelum ini, dilihat seolah-olah tidak ditangani dengan baik.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Perak mendesak agar pihak berwajib mengambil langkah penyelesaian segera untuk menangani masalah berkaitan sijil halal ini.
Tambahnya, dibimbangi, kesilapan yang mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa pengusaha-pengusaha, JAIPk dan Jakim pula yang terpaksa menanggung kesannya. -
HARAKAHDAILY 13/11/2014

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.