Huawei
Malaysia bakal menjual model Honor 3C versi spesifikasi rendah pada
bulan depan dengan tempahan mula dibuka pada 28 November hingga 3
Disember 2014. Ia akan didapati pada 8 Disember nanti. Adik kepada 3C
ini dinamakan 3C Lite.
Berkemungkinan besar, ia akan dijual pada harga di bawah RM400.
Ia
mempunyai kamera 8MP sebagai kamera utama dengan memori dalaman 16GB
manakala saiz skrin adalah 5-inci 720p IPS skrin HD. Seperti biasa, ia
akan menyokong juga dwi kad sim dengan tahap nipis 9.4mm.
Berdasarkan
berat 156g, ia akan dijual menerusi dua warna iaitu putih dan hitam
yang mempunyai prosesor jenis MT6582, 1.3GHz quad core bersama sistem
operasi Android 4.4 KitKat.
Huawei Honor 3C Lite datang dengan RAM1GB dan slot kad mikrosd sehingga 32GB. Baterinya pula adalah 2000mAh.
Untuk
rekod Huawei Honor 3C iaitu abangnya mempunyai RAM 2GB, prosesor
MTK6582 1.3GHz quad core dan memori dalaman 8GB. Tetapi ai menggunakan
Android 4.2 Jelly Bean dan baterinya pula 2300mAh.
P/S: sudah pasti ia lebih murah…Apa yang Lite nya erk?
emel Daunpisang di ahmohd250@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.