Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga.
Menteri Besar Pahang
Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman
kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang
mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat
guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.
Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.
"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes
mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu.
Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan Yaakob
apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai
kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron
Highland.
Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata
Adnan Yaakob sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak
dapat menerima kritikan.
"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang
berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang
jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang
sendiri.
"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar
lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang
menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.
"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan.
Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga. Awang dalam
tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan Yaakob yang
menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.
"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang
tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor
'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.
"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga
jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang
tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.