Followers

Friday, November 21, 2014

PAWS: Azmin arah Pejabat Tanah dan Daerah Petaling cari tapak alternatif - by admin

 
 

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk mencari tapak alternatif bagi Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS) yang sebelum ini diberikan notis berpindah 14 hari.

“”Saya telah memanggil pegawai daerah dan menjelaskan, dan memerintahkan mencari tempat alternatif untuk rumah perlindungan haiwan itu,” katanya dipetik The Malay Mail, hari ini. 

Mohamed Azmin menjelaskan tanah yang diduduki pusat jagaan haiwan itu akan digunakan dalam sebahagian pembangunan negeri dan Projek Transit Aliran Ringan.


Terdahulu, PAWS dibenar meneruskan operasi mereka di kawasan sedia ada sehingga kajian penempatan semula pusat itu selesai dijalankan Kerajaan Negeri.

Pengurus PAWS, Edward Lim berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara pihak beliau bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.


Bagaimanapun, jelas Edward, PAWS sendiri sendiri tidak dapat memastikan sama ada tanah itu milik kerajaan atau sebaliknya.


Hal itu berikutan Sime Darby pernah memaklumkan kepada PAWS mahu mengambil semula tanah terbabit, dua tahun lalu.


KL - TODAY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.