WAK JAMIL yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar semalam.
MUAR – Seorang tauke gula melaka cedera parah disimbah air panas dan dipukul dengan cota selain barangan berharga miliknya dikebas menantunya dalam kejadian di Batu 18, Ayer Hitam di sini kelmarin.
Lelaki malang, Mohd. Noor Abdullah, 55, atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula diperlakukan sedemikian selepas mangsa bertengkar dengan menantunya pada pukul 4 pagi.
Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan suami anaknya itu bertengkar dipercayai berkaitan wang sebelum suami anak angkatnya hilang sabar lalu memukul mangsa dengan cota di kepala serta menyimbah air panas ke badan mangsa.
Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian itu disedari seorang saudara mangsa yang tinggal berdekatan selepas mendengar jeritan Wak Jamil mengerang kesakitan.
“Sebaik membuka pintu rumah mangsa, saudara mangsa terkejut melihat keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan cuba merangkak meminta pertolongan,” kata Rubiah ketika ditemui di rumahnya semalam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.