UMNO kini bukan lagi sebuah parti yang mengundang penghormatan sebaliknya merupakan lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat.
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul AzizPETALING JAYA: Kini banyak kelihatan bendera UMNO hampir di setiap sudut Kuala Lumpur.
Umum tahu bahawa Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung mulai esok. Melihatkan kemeriahan bendera UMNO di sana-sini, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan, Bendera UMNO bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan pengikutnya kerana UMNO kini bukanlah parti yang mengundang penghormatan.
Ia lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasarnya.
Tegasnya, bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan dan dihormati rakyat, bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit berarak menentang Malayan Union dahulu.
Sebaiknya, bendera UMNO sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau “reign of terror” bayangan kepada sebuah parti di mana ahlinya ganas dan membuli rakyat.
Tegas Ahli Parlimen DAP- Raub itu, ia merupakan bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng membuat laporan polis lengkap dengan uniform para militari; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain.
“Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulunya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain-lain nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya,” tambahnya melalui blognya Sakmongkol AK47.
Mohd Ariff berpendapat, UMNO tidak sedar bahawa mereka hanya sebahagian daripada orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu.
Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka. Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.
Beliau seterusnya berkata, cara UMNO sekarang mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran, kemantapan dasar pemerintahannya tetapi melalui ugutan menggunakan tekanan, kezaliman, kuasa polis dan tentera.
“Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia.,” tambah beliau lagi.
Beliau yang berpendapat ibu bapa serta kaum keluarga yang masih menyokong UMNO, berdosa terhadap anak-anak mereka diganyang dan menyuruh agar menjauhkan diri dari UMNO.
“Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan.
Harta benda rakyat habis disapu. Ia parti yang menuju kepada penghujung hayat – pengikutnya naik sasau dan mudah meletup. Ia hanya boleh mempertahankan keberadaannya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang-undang zalim, dan teriakan mengkasari orang lain,”sambungnya.
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.