Followers

Saturday, November 15, 2014

Murid Kristian dipaksa bertudung, sertai solat, kata sumber

Cubaan Islamkan Murid Kristian Di Negeri Sembilan.. Fitnah Terbaru Terhadap Islam..



 
Sebuah program bagi murid sekolah rendah di Negeri Sembilan dikatakan memaksa seorang bukan Islam untuk memakai tudung dan menyertai doa dengan orang Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 November, 2014


Sebuah program bagi murid sekolah rendah di Negeri Sembilan dikatakan memaksa seorang bukan Islam untuk memakai tudung dan menyertai doa dengan orang Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 November, 2015.
Berikutan kes pelajar Islam dikatakan digunakan bagi menyebarkan Islam secara halus kepada rakan bukan Islam di sekolah menengah, muncul pula dakwaan baru yang seorang murid Kristian di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan dipaksa memakai tudung dan menyertai kumpulan nasyid.

Sumber yang rapat dengan sekolah itu memberitahu The Malaysian Insider, murid 12 tahun dari Sabah itu juga dipaksa menyertai rakan beragama Islam ketika mereka solat semasa menghadiri sebuah kem baru-baru ini.

"Semua ini berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapanya," kata sumber itu.

Sumber juga mendakwa, apabila perkara itu ditimbulkan, pihak berkuasa sekolah berpesan kepada guru dan murid supaya memastikan ia tidak dibocorkan.

Namun guru besar sekolah, Yunus Ismail, menafikan yang murid itu dipaksa memakai tudung atau menyertai program nasyid itu.

"Saya sudah tanya murid itu mengenainya. Dia tidak dipaksa guru-gurunya. Dia memakai tudung secara sukarela. Kami juga tidak memaksa murid bukan Islam menyertai program nasyid itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Yunus berkata perkara itu diselesaikan dua minggu lalu, dan ia "bukanlah isu besar."

"Saya turut menemui ibu bapanya, dan mereka tidak ada masalah dengan perkara ini. Saya percaya ada beberapa guru yang cuba menjadikan perkara ini satu isu," katanya.

Ibu murid itu ketika ditemui kelihatan tidak gentar apabila diajukan soalan berkenaan insiden itu.

"Saya tidak mahu jadikannya isu besar. Saya tidak mahu anak perempuan saya dipulaukan di sekolah atau mendapat masalah," katanya, bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Sumber itu berkata kebanyakan ibu bapa murid di sekolah itu tidak berpendidikan atau tidak berpendidikan tinggi dan juga miskin. Sesetengahnya bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.

"Persoalannya ialah, mengapa seorang murid bukan Islam dipaksa atau digalakkan menyertai aktiviti orang Islam dan dipaksa memakai tudung?"

"Mengapa guru dan guru besar sekolah itu tidak sensitif terhadap murid bukan Islam? Adakah kerana bilangan mereka kecil?" soalnya.

Difahamkan yang sekolah dengan kira-kira 400-500 murid itu, majoritinya Islam dan hanya 7 orang bukan Islam.

"Anak itu belum dewasa, jadi bagaimana ini boleh terjadi kepadanya tanpa kebenaran atau pengetahuan ibu bapanya?" sumber itu bertanya, mempersoalkan motif di sebalik kejadian itu.

Kejadian atau percubaan mengIslamkan murid bukan Islam di sekolah bukan perkara baru. Tahun ini sahaja sudah terdapat beberapa dakwaan.

Pada Jun tahun ini, Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Datuk RS Mohan Shan mendakwa, pelajar Islam digunakan bagi menyebarkan Islam secara halus kepada rakan bukan Islam mereka di sekolah menengah.

Semasa satu dialog dengan Majlis Perundingan Perpaduan Negara, Mohan mendedahkan penemuan beliau yang sebuah sekolah membuat soalan berbentuk provokatif dalam kertas Pengajian Islam tahun lepas.

Soalannya ialah, katanya, "Bagaimanakah cara mengIslamkan rakan anda?"

"Sekolah tidak akan merangka soalan sebegitu jika agenda itu bukan sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam Pengajian Islam," katanya.

"Pihak berkuasa tidak boleh secara halus menggunakan pelajar Islam bagi mempengaruhi rakan bukan Islam mereka dengan niat menukar agama mereka."

Terdapat juga dakwaan dibuat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam dari Semenanjung, mengatakan cubaan secara rahsia dibuat bagi mengIslamkan pelajar bukan Islam di Sarawak.

Para pelajar itu dikatakan diletakkan di bawah program Anak Angkat dikendalikan NGO itu di sebuah sekolah di Kuching.

Ibu bapa mengadu yang semasa program itu, dihadiri kebanyakannya pelajar bukan Islam pada Mei tahun ini, semua ceramahnya dikendalikan 'ustaz' yang bercakap tentang hal agama Islam kepada pelajar Kristian.

Menteri negeri yang lantang bersuara, Tan Sri Dr James Masing berkata pada waktu itu, program yang diadakan setiap Sabtu sejak Mac itu merupakan satu percubaan secara sembunyi mengIslamkan pelajar.

Beliau menuntut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menyiasat dakwaan yang dua orang guru dari sekolah itu membantu kumpulan itu mengadakan program tersebut dan memujuk pelajar menghadirinya atas nama kegiatan "kokurikulum."

"Bagaimana topik agama seperti perbezaan antara air zam zam yang dipercayai umat Islam dan 'holy water' air suci orang Kristian, dan persoalan mengenai kesucian Mother Teresa, yang dibincangkan, sekiranya ia satu program yang dibenarkan sekolah?" Masing bertanya.

Kerajaan Sarawak kemudiannya menggantung program Anak Angkat itu tetapi mendakwa terdapat salah faham berkenaan keseluruhan isu itu.

– tmi

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.