Followers

Sunday, November 9, 2014

Majlis Syura kekalkan penggantungan setahun ke atas 2 Adun PAS


Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan penggantungan setahun kepada dua Adun PASnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib)

Saari menerima surat pemakluman itu pada tengahari semalam manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Jumaat 7 November.

"Saya terima surat dari Majlis Syura tengahari tadi yang memaklumkan hukuman ke atas saya oleh AJK PAS Pusat sebelum ini dikekalkan," kata Saari.

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 11 Oktober lalu, membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul Baharudin (Adun Morib) selama setahun, berkuatkuasa tarikh sama.

Tindakan itu diambil ekoran tindakan mereka berdua menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Ekoran itu, kedua-dua mereka menghantar surat rayuan kepada Majlis Syura Isnin lalu.

Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat Ahad lepas dan membuat keputusan terhadap Saari dan Hasnul. Semalam Saari menerima surat itu.

Antara kandungan surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Menurut Hasnul, dia menerima keputusan PAS menggantungnya, tetapi akan meneruskan tugas sebagai Adun Morib sebaik mungkin.

"Saya jalankan tugas saya sebaik mungkin. Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang kekal bersama saya. Jadi itu akan memudahkan tugas saya sebagai Adun," kata Hasnul kepada The Malaysian Insider.

Saari pula ketika dihubungi berkata beliau tidak berapa jelas apakah makna penggantungan keahlian sebagai ahli PAS ini untuk memastikan pergerakannya tidak bertentangan dengan penggantungan tersebut.

"Apa yang saya faham saya tidak boleh mengundi atau memegang apa-apa jawatan dalam parti.

"Saya tidak boleh mewakili parti dalam sebarang program dan saya tidak boleh menyertai sebarang program parti, termasuk dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," kata Saari.

Namun, katanya, itu tafsirannya sendiri sahaja.

Dr Dzulkarnain Lokman, peguam yang juga ahli Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, sebagai ahli yang digantung keahlian, Saari tidak boleh lagi bertindak sebagai ahli PAS atau apa-apa jawatan yang beliau pegang dalam PAS.

Namun, dia bebas bergerak dan bertindak sebagai seorang Adun, termasuk menyertai sebarang mesyuarat atau program PAS atas kapasitinya sebagai seorang Adun.

"Berdasarkan preseden kes lalu, apabila Khalid Samad digantung sebagai ahli PAS selama enam bulan, beliau lebih aktif berbanding sebelum digantung.

"Beliau dijemput memberi ceramah ke seluruh negara oleh PAS tetapi beliau bukan datang sebagai ahli atau Yang Dipertua PAS Shah Alam yang beliau pegang, kerana sudah digantung, tetapi sebagai ahli parlimen Shah Alam," kata Dzulkarnain kepada The Malaysian Insider.

ULASAN GB

Bagi GB, tindakan MSU kekalkan penggantungan dua orang ADUN berkenaan sudah diduga, malah awal-awal lagi dulu GB kata tak perlu buat rayuan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... 


Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula. 




Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.