Followers

Sunday, November 23, 2014

LAWATAN PRESIDEN "ANAK" DI CAMERON HIGHLANDS



 Tragedi tanah runtuh di beberapa lokasi dalam Parlimen Cameron Highlands seperti Ringlet, Tanah Rata dan Kampung Raja baru baru ini adalah ulangan kepada peristiwa yang sama pada tahun lalu. 
 
Tragisnya, kali ini mengorbankan 5 nyawa dan hampir 100 orang mangsa.

 
Hujan lebat sekitar jam 5 petang, rabu lalu, disusuli air berlumpur yang turun dari arah bukit, begitu cepat sekali. 
 
Ada mangsa yang terpaksa memanjat bumbung bersama anak2 yang masih kecil, warga emas suami isteri terperangkap dalam rumah, ibu sarat mengandung korbankan nyawa menolak kereta yang di naiki air dan berbagai pengalaman menakutkan. 
 
Traumanya masih teras, apatah lagi ketika ini cuaca yang tidak menentu.

Agak lama saya tidak berkunjung ke Cameron Highlands. 10 tahun lalu, selaku pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat saya membuat tinjauan di beberapa tempat. 
 
Masa itu pun sudah rancak aktiviti pertanian dan pembangunan di lereng bukit dan tanah tinggi. 
 
Saya telah suarakan kebimbangan melalui media dan lain lain, padahnya akibat aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
 
 
Bukit ditarah semaunya. Gondol di sana sini. Resort, penginapan mewah, apartmen; hatta kepada premis perniagaan telah berada di puncak bukit. Sangat pelik, bagaimana ia boleh diluluskan oleh pihak Berkuasa Tempatan. 
 
Bila hutan yang menjadi pasak bumi semakin mengecil akibat pembalakan tiada had, hakisan tanah mudah berlaku. 
Kesannya dapat dilihat dengan mudah. Bila hujan, air meluncur laju ke bawah, dan tentunya mengganas hingga ke rumah penduduk.
 
Keaslian Cameron Highlands sudah tidak seperti dulu. Destinasi pelancongan yang begitu terkenal ini telah dinodai oleh tangan tangan manusia yang rakus. Mungkin tidak lama lagi, hotel dan resort terpaksa memasang penghawa dingin, sebab sejuknya sudah hampir tidak terasa
 

 
Samada Kerajaan negeri Pahang begitu lemah atau bersekongkol dengan pemaju projek, ianya mesti disiasat SPRM. Sultan Pahang pun amat murka. Perdana Menteri umum, pasukan keselamatan akan menggempur pendatang asing di sebelah malam dalam masa terdekat. 
 
Tan Sri Muhyiddin Yasin akan ke Cameron Highlands isnin ini. Adakah isyarat kerajaan memandang serius tragedi tanah runtuh; atau sandiwara yang menjadi amalan biasa setiap kali malapetaka berlaku.
 
 
Yang pasti, rakyat terus menjadi korban. Tempat tinggal musnah, kerjaya terjejas dan ketakutan sentiasa menghantui diri dan keluarga. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada kita.
 

 
P/s Bersama Ust Aris Faezol Ismail, Timbalan Presiden ANAK, Pn Salmah Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Cameron Highlands, En Cheng Nam Hong, Penyelaras JK Bantuan PKR Cabang Cameron Highlands dan Adlan Ismail, SU Kerja PAS Kawasan Cameron Highlands mengadakan lawatan dan ziarah kepada mangsa.
 





Ia susulan dari ziarah yang sama oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS sebelum ini bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria dan lebih 20 orang sukarelawan Unit Amal.
 
 
Gaya Peneroka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.