Followers

Friday, November 14, 2014

KES INI MENDAPAT LIPUTAN MELUAS DI INDONESIA.

RAJA BOMOH 1M'SIA DIKATAKAN BELASAH PEMBANTU RUMAHNYA WARGA INDONESIA SAMPAI CEDERA PARAH ..
 
 https://1.bp.blogspot.com/-DoSt6JYBSag/VGVRmfFJ_MI/AAAAAAAA9uQ/DpnooiO3Hv0/s1600/bomoh%2B1%2Bmsia%2Bpembantu%2Brumah%2Bdera.jpg

Difahamkan, Menik terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter, selain daya ingatannya turut terjejas dan semakin merosot. 

Seorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak melarikan diri daripada majikannya dan pulang ke kampung halaman di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu, selepas dipercayai tidak tahan didera sejak lebih setahun lalu. 

Memetik laporan portal rri.co.id, anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti mendakwa ibunya, Menik Fitriyanti, 47 tahun, sering dipukul majikannya, Datuk Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala. 

Menurutnya, akibat kecederaan itu, ibunya terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter, selain daya ingatannya turut terjejas dan semakin merosot. Jelas Alfa, kali terakhir dia menghubungi ibunya kira-kira setahun lalu, Menik memberitahu, dia tidak mahu bekerja di Malaysia lagi dan ingin pulang ke kampung halaman, tetapi dihalang majikannya. 

Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami. 

“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya. 

Tambah Alfa lagi, selain bekas jahitan di kepala ibunya, terdapat juga kesan luka di leher, perut serta kaki mangsa. Jelasnya, ibunya juga masih dalam keadaan trauma. 

Disebabkan ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, maka pihak keluarganya tidak mengharapkan bantuan daripada pihak berkuasa. “Apa yang penting ketika ini adalah untuk memberi tumpuan bagi merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami ibu,” katanya. 

Sementara itu, sebuah stesen televisyen Indonesia juga melaporkan, pihak berkuasa Indonesia akan tetap memberi perhatian terhadap isu penderaan ini. 


Pautan: https://www.facebook.com/video.php?v=797143577010591&set=vb.530013357056949&type=2&theater



Omak Kau!!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.