Followers

Thursday, November 13, 2014

Kenapa Najib Tidak Berunding Dengan Penculik Filipina Untuk Bebaskan Rakyat Malaysia?

Dalam insiden MH17 yang ditembak jatuh ditembak jatuh di wilayah Ukraine, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dilaporkan telah berunding dengan Pemberontak ataupun Pejuang Pemisah hanya untuk membawa pulang mayat mangsa nahas tersebut.

Hasil dari rundingan antara Najib dengan ketua kumpulan pemberontok pro-Russia, Alexander Borodai, kumpulan yang menguasai kawasan pesawat MH17 jatuh ditembak telah bersetuju menyerahkan dua kotak hitam kepada Malaysia selain membenarkan mayat mangsa dibawa keluar daripada kawasan berkenaan.

Selain itu, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan akses selamat bagi memulakan siasatan penuh di kawasan kejadian.

Rentetan dari itu melambung-lambunglah Najib dipuji oleh sekelian macai, kononnya ini membuktikan kebijaksanaan Najib Tun Razak menangani konflik di peringkat antarabangsa itu.

Ada yang memuji “Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Najib kerana berjaya meleraikan kekusutan berhubung insiden tersebut terutama untuk membawa pulang jenazah rakyat negara kita sebelum 1 Syawal,”.

Walaupun akhirnya didapati tidak ada satu mayat atau jenazahpun yang berjaya dibawa pulang ke tanah air sebelum 1 Syawal.

Persoalannya kini ialah jika Najib boleh berunding untuk mendapatkan kebenaran dari Pemberontak atau Pejuang Pemisah itu untuk membawa keluar jenazah atau mayat rakyat Malaysia dari kawasan konflik kenapa tidak Najib berunding dengan penculik dari Filipina untuk membebaskan rakyat Malaysia yang diculik mereka?

Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan enggan berbelanja sebanyak RM6 juta untuk menyelamatkan nyawa dua rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. 
Dua individu itu adalah pemilik kolam ikan dan seorang anggota polis yang kini menjadi tebusan hampir lima bulan lamanya. 
"Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat? soal Mohamed Imran Abdul Hamid pada sidang media di Parlimen. 
"Kita boleh belanja berbillion-billion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?” soalnya lagi. 
Beliau antara MP Pakatan yang memberikan sokongan kepada Chin Pek Nyuen, isteri kepada Chan Sai Chiuh yang hadir di Parlimen buat kali kedua dalam masa dua minggu untuk merayu kerajaan menyelamatkan nyawa suaminya. 
Chan adalah pemilik kolam ikan yang diculik dan isterinya kini menerima panggilan telefon hampir setiap hari daripada penculik yang menuntut wang tebusan sebanyak RM3 juta. 
Penculik tersebut kini menetapkan 30 November sebagai tarikh akhir untuk menjelaskan wang tebusan lapor Malaysiakini

Jika Kumpulan Penculik itu dianggap sebagai Pengganas kerena mereka dikatakan menetang Kerajaan Filipina, Kumpulan Pemberontak di Ukraine juga dianggap sebagai Pengganas oleh Kerajaan Ukraine..

Jadi tidak ada bezanya kedua-dua kumpulan itu kedua-duanya dianggap sebagai kumpulan pengganas di negara masing-masing..

Oleh itu alasan 'Kerajaan tidak berunding dengan pengganas' bukanlah satu alasan dalam hal ini..

Adakah kerana antara yang menjadi mangsa dalam insiden MH17 itu ialah kaum kerabat sepupunya maka Najib berusaha bersungguh-sunguh tetapi yang menjadi mangsa culik pula hanyalah rakyat biasa maka.. mampuih pi kat dia?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.