Pembentangan Kertas Putih bagi menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) oleh Datuk Seri Najib Razak
di Parlimen hari ini mencetuskan perdebatan di kalangan ahli Parlimen
apabila mereka membangkitkan "semangat" Isis perdana menteri dan
sokongan terbuka menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
terhadap perjuangan kumpulan militan berkenaan.
Ketika sesi perbahasan Kertas Putih itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen
Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk
Kamaruddin Jaafar berjenaka mengatakan Najib menggesa ahli Umno "meniru
semangat" kumpulan militan berkenaan beberapa bulan lalu di Kuala
Lumpur.
Kamaruddin berkata, Hadi sebaliknya jelas melarang ahli PAS daripada menyokong perjuangan Isis.
Kenyataan itu kemudiannya membuatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk
Bung Mokhtar Radin bangun dan berkata menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad
secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Isis melalui laman media
sosial miliknya.
"Menantu presiden PAS secara terbuka memuji tindakan Isis di media
sosial. Dia gembira Isis menawan beberapa bandar di Iraq. Boleh semak di
media sosial," kata Bung.
"Presiden PAS arah lain, menantu dia pula arah lain," katanya.
Najib Razak
dalam satu jamuan makan malam Umno Cheras sebelum ini dilaporkan
menggesa ahli parti mencontohi keberanian Isis dalam mengalahkan tentera
Iraq walaupun dengan bilangan anggota lebih kecil.
“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isis yang
hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq,
sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri
menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” katanya.
Sementara Zaharuddin pula melalui laman Facebook beliau didakwa menyatakan sokongan terbuka kepada kumpulan militan itu.
"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.