Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar.

Bagi kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, karya satira politik menentang kerajaan dilukiskannya itu bukan sekadar untuk menjadi bahan tawa tetapi menyampaikan mesej berdasarkan fakta daripada hasil kajian yang mendalam.
Zunar yang terkenal dengan mengkritik kerajaan melalui kartunnya berkata, karyanya tidak harus dilabel sebagai fitnah kerana peranannya sebagai kartunis politik adalah untuk menafsir kesilapan ahli politik dan kerajaan melalui karyanya.
"Malaysia ini keadaannya berbeza sedikit. Orang bersalah tidak semestinya diheret ke mahkamah kerana sistem politiknya begitu meskipun di atas kertas ada tertulis mereka juga tertakluk kepada undang- undang tetapi tidak pada praktiknya.
"Orang yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dikenakan tindakan undang- undang seperti kes bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kes kapal selam scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terbaru isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ada dokumen membuktikan mereka bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Walaupun kini disiasat mengikut Akta Hasutan, Zunar merupakan penerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).
Beliau ditahan polis selama dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan pada 2010 dan kini mungkin didakwa mengikut akta sama.
Sekatan dan kekangan terhadap kebebasan dan karyanya menjadikan kartunis ini lebih yakin karyanya menyampaikan kebenaran.
"Kalau mereka hendak kata lukisan saya fitnah mereka boleh nafikan tapi setakat ini mereka tidak pernah tampil untuk nafikan. Beritahulah bahagian mana yang kata saya fitnah dalam muka surat berapa," katanya.
Zunar berkata, beliau tidak hanya bergantung kepada laporan media saja apabila melukis kartun satira mengenai sesuatu isu tetapi akan turut mengkaji mengikut sumber lain.
"Saya akan buat 'homework' dulu sebelum melukis, biasanya akan ambil daripada pelbagai sumber dan informasi. Saya juga akan mengupas sesuatu isu itu dengan lebih mendalam.
"Contoh kalau ada sesuatu isu itu melibatkan orang yang saya kenali saya akan hubungi sendiri untuk mengesahkan laporan itu dan kalau ada perhimpunan atau protes saya akan turun kerana saya perlu tahu apa sebab mereka lakukan itu. Saya perlu lihat barulah dilukis lawak jenakannya dan tidak bermakna sebarangan," katanya.
Zunar mengakui karyanya mengenai konspirasi Anwar ke penjara paling sukar dilakukan kerana melalui proses “homework” ( kajian) yang lama.
Selain itu anak jati Kedah itu berkata, kartun politik perlu menepati dua perkara untuk menarik perhatian orang ramai membacanya iaitu melibatkan subjek dan mesej.
"Dalam lukisannya ia memang begitu. Sama ada kita melebih-lebihkan atau mengurangkannya sebab itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kita jadikan sebagai subjek dan objeknya kita gambarkan rambutnya yang dibesarkan walaupun sebenarnya tidak atau Tun Dr Mahathir Mohamed hidungnya dibesarkan ia memang disengajakan sebab itulah kartun politik.
"Kartun itu mesti menarik perhatian orang kerana mereka akan lihat subjek dan objek dan kemudiannya barulah mesejnya," katanya.
Zunar pada masa sama berkata, adalah wajar sekiranya seorang kartunis politik mengkritik kerajaan kerana ia merupakan sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab mereka.
Beliau berkata, tidak boleh dinafikan mereka juga merupakan penganalisis politik.
"Bezanya kami sampaikan melalui lukisan kami, memang mana-mana kartunis politik dunia ini peranannya mengkritik kerajaan yang berkuasa (goverment of the day) orang yang membuat tuduhan menyatakan kartunis adalah fitnah perlu tahu kami juga adalah penganalisis politik.
"Kami lebih mengetahui mengenai situasi politik yang berlaku dan saya juga sangat arif politik Malaysia kerana saya juga terbabit sama," katanya.
Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditahan dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual 2 buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “.
Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Selain itu beliau turut mencetuskan kemarahan penyokong Barisan Nasional (BN) apabila didakwa cuba menghina institusi kehakiman dengan berpakaian seperti hakim dan membuat lakonan disogok wang.
Mengulas mengenai perkara itu, Zunar tidak menganggap perbuatannya itu hanya merujuk kepada hakim yang mengendalikan kes Anwar kerana lakonannya itu ditujukan secara umum.
Zunar berkata, aksinya di luar mahkamah dengan memakai baju hitam dan meletakkan mob di kepala menyamai teater jalanan dan ia dilakonankan atas tujuan sindiran.
“Seperti cerita P Ramlee ada adegan yang memerli hakim.
"Saya tidak tahu kenapa mereka begitu marah. Adakah kerana saya berpakaian baju hitam dan meletakkan mop di kepala mereka tidak boleh tersinggung kerana ia adalah teater jalanan dan bukan merupakan perkara luar biasa,” katanya.
Zunar percaya tindakannnya itu tidak akan dianggap mencacatkan perjalanan dan mempengaruhi keputusan hakim dalam kes Anwar.
"Kalau negara maju orang mereka menerima sebagai seni. Paling kurang mereka akan ketawa. Dengan teater macam itu tidak akan mencacatkan perjalanan kes Anwar. Tidak ada orang percaya laporan polis sebab saya melakonkan aksi itu boleh mempengaruhi keputusan hakim," katanya.
Kartunis itu turut membantah apabila dikenakan Akta Hasutan kerana melukis kartun mengkritik kerajaan kerana baginya ia merupakan perkara luar biasa bagi kerajaan mengeruni kartunis.
"Saya sudah biasa dengan penahanan begini, bila kita mengkritik kerajaan itu adalah risikonya dan saya bersedia cuma saya membantah kenapa polis bersusah payah mengenakan Akta Hasutan seolah-olah saya penjenayah mereka boleh menyaman saya dan letaklah di bawah undang- undang sivil.
"Ia amat luar biasa orang yang jual buku turut dikenakan kanun keseksaan seolah-olah mereka merupakan penjenayah. Kalau dulu orang yang menjual buku hanya diberi amaran tapi sekarang yang menjual buku online pun turut dipanggil," katanya.
Sepanjang pembabitannya 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 diharamkan pihak berkuasa Malaysia.
Bagaimanapun, di luar negara Zunar menerima pelbagai pengkitirafan termasuk dipanggil untuk memberi ceramah di Amerika Syarikat, Sepanyol dan sebagainya.
Bukunya yang bertajuk "Pirates of Carry BN" turut diletakkan di Library Of Congress di Washington DC Amerika dan bukunya dikatalogkan dalam kategori Asia bersama dengan 120,000 buku kartun lain.
Katanya, beliau merancang menghasilkan sebuah lagi buku komik berkenaan dengan Rosmah.
"Saya dalam perancangan untuk menghasilkan buku mengenai Rosmah, isteri perdana menteri yang saya sangat cintai dan sayangi," katanya. – 16 November, 2014.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.