Followers

Monday, November 10, 2014

Jangan Ada Lagi Suara Sumbang Suruh Semak Hubungan Dalam PR

 


Selepas retreat, PAS sebulat suara akan kekal bersama Pakatan

Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama semalam mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas bersidang selama dua hari di sebuah hotel dekat Kuala Selangor dari pagi kelmarin hingga tengahari semalam.

"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi segera," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi sebaik sahaja selesai program itu.

PAS mengadakan retreat itu ketika suasana parti itu berkecamuk dengan isu perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan ahlinya selepas isu pertukaran menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.

Hampir semua pemimpinnya menyertai program itu, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membentangkan kertas utama.

Hadi membentangkan kertas mengenai pelaksanaan Islam di negara demokrasi yang selalu menjadi isu antara PAS dengan rakannya dalam Pakatan khasnya DAP.

Naib presiden PAS Salahudin Ayub pula menyampaikan kertas mengenai hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

"Kita mencapai satu kemajuan yang baik apabila segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan kita nyatakan dalam program ini dan dibincangkan dengan terbuka," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.

Namun begitu, katanya samada keseluruhan isu boleh diselesaikan atau tidak terserah kepada semua yang hadir untuk menyampaikannya ke peringkat bawah.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata pertemuan kali ini mendengar semua harapan rakyat kepada Pakatan sebagai kerajaan akternatif dan akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan rakan-rakannya.

"Tentang Pakatan Rakyat, kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami dengan kuat yang kami akan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kami akan bekerja sekuat mungkin untuk memperkukuhkan Pakatan walaupun apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail Online.

Beliau dipercayai merujuk kepada perbicaraan Anwar di hadapan Mahkamah Persekutuan yang berakhir Jumaat lepas, tetapi keputusan mengenainya belum lagi dikeluarkan.

Mahkamah itu akan mengeluarkan keputusannya kemudian, tanpa menetapkan tarikh.

Jika Anwar kalah dan hukumannya kekal penjara lebih dari satu tahun atau denda melebihi RM2,000, Anwar akan kehilangan kerusi Permatang Pauh.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara walaupun Mahkamah Tinggi sebelum itu mendapati Anwar tidak bersalah. – TMI


Stepping out from retreat, PAS affirms future with Pakatan

Fresh from his party leadership’s two-day retreat, the Islamist party’s research centre director Dr Dzulkefly Ahmad said PAS has taken note of the people’s hopes for PR as an alternative government and will iron out the wrinkles with its political allies to achieve that goal.
“On the issue of Pakatan Rakyat, we have again endorsed very strongly that we are with the fraternity of Pakatan Rakyat,” Dzulkefly told Malay Mail Online.
“We’ll work to enhance the performance of Pakatan Rakyat, regardless of what happens to Datuk Seri Anwar Ibrahim,” the PAS central committee member added.

PKR advisor Anwar, who is also the opposition leader, made a final challenge to the country’s top court to reverse a five-year sodomy conviction last week and is awaiting the outcome that could put him behind bars and lose his seat in Parliament, effectively ending his political career.

The Federal Court reserved its judgment last Friday on the 67-year-old’s sodomy appeal without indicating when the ruling will be out.

If Anwar loses, the Permatang Pauh MP would lose his seat as the law bars anyone fined RM2,000 or imprisoned for one year from serving as a lawmaker.

The ties between PAS, PKR and the DAP were strained in the recent Selangor mentri besar crisis when PKR attempted to get then-MB Tan Sri Khalid Ibrahim to step down from office.

The messy weeks-long imbroglio saw PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang criticising publicly his PKR counterpart Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, whom PKR had nominated as Khalid’s replacement, before the Selangor Sultan finally appointed PKR deputy president Azmin Ali as the new mentri besar.

PAS has also been facing an internal struggle between the conservative ulama faction that wants to implement hudud and its reformists who want the Islamist party to remain in PR, where it remains at loggerheads with the secular DAP, which has consistently objected to implementation of the Islamic penal code. -malaymail


ULASAN GB

Dengan keputusan yang dicapai di dalam retreat berkenaan, kita berharap jangan ada lagi suara sumbang yang mahu kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat disemaksemula. Jangan ada lagi tuduhan kononnya mereka pimpinan yang mahu PAS terus kekal bersama PR sebagai parasit, jebon dan gelaran-gelaran buruk yang lain yang menampakkan sikap tidak wala kepada keputusan kepimpinan PAS Pusat. 


Jangan U-turn lagi. Jangan guna kuasa veto lagi. 

Jangan ada kumpulan gagak hitam yang mencemarkan parti apabila meninggalkan muktamar apabila pimpinan tertinggi membuat ucapan. 

Jangan ada lagi kumpulan samseng dalam PAS yang berkelakuan macam UMNO yang bertindak mengugut dan mengancam orang lain. 

Jangan ada lagi sikap taksub kepada pimpinan tertentu di dalam parti. 

Jangan ada lagi suara sumbang dari kumpulan yang mencadangkan GB dipecat dari PAS kerana mengkritik pimpinan dan mempertahankan PR. 

Jangan ada lagi fitnah-fitnah yang tak dibuktikan seperti pil kuda, komunis dan sebagai sehingga membawa kepada mensabotaj rakan parti komponen di dalam PR.

Semalam GB sudah buat ulasan.. petikan:


Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah.
Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. 
Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.