Followers

Saturday, November 22, 2014

Isu RM2.6j, Khalid selalu penting prosedur kata bekas Exco PAS.

SHAH ALAM - Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menangkis dakwaan Exco Pas bertanggungjawab dalam isu kelulusan penyaluran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan, bukan pecahan agihan pada mesyuarat Exco terakhir di bawah Abdul Khalid.

“Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

“Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,” katanya, semalam.

Adun Sabak itu menyatakan, kesangsian timbul apabila penyaluran pampasan itu dibayar pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Abdul Khalid.

“Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

“Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan,” katanya. Sallehen berkata, pertemuan itu juga turut memutuskan bayaran pampasan kepada semua bekas Exco Selangor terdahulu sebanyak 17 peratus daripada gaji bulanan.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, dakwaan penyelewengan dalam kontroversi dalam pemberian pampasan MBI ini tidak wajar dilakukan sebelum laporan audit dibuat secara terperinci.

“Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu.

“Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Adun Sijangkang itu menyatakan pentadbiran Abdul Khalid sangat memandang berat aspek prosedur dalam segala keputusan. Disebabkan itu, katanya, beliau akan melakukan semakan minit mesyuarat Exco pada tarikh berkenaan dan menunggu hasil laporan audit.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Isu RM2.6j, Khalid selalu penting prosedur kata bekas Exco PAS SHAH ALAM - Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menangkis dakwaan Exco Pas bertanggungjawab dalam isu kelulusan penyaluran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI). Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan, bukan pecahan agihan pada mesyuarat Exco terakhir di bawah Abdul Khalid. “Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka. “Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,” katanya, semalam. Adun Sabak itu menyatakan, kesangsian timbul apabila penyaluran pampasan itu dibayar pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Abdul Khalid. “Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman. “Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan,” katanya. Sallehen berkata, pertemuan itu juga turut memutuskan bayaran pampasan kepada semua bekas Exco Selangor terdahulu sebanyak 17 peratus daripada gaji bulanan. Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, dakwaan penyelewengan dalam kontroversi dalam pemberian pampasan MBI ini tidak wajar dilakukan sebelum laporan audit dibuat secara terperinci. “Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu. “Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu,” katanya. Bagaimanapun, Adun Sijangkang itu menyatakan pentadbiran Abdul Khalid sangat memandang berat aspek prosedur dalam segala keputusan. Disebabkan itu, katanya, beliau akan melakukan semakan minit mesyuarat Exco pada tarikh berkenaan dan menunggu hasil laporan audit. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.