Followers

Sunday, November 23, 2014

Ingatkan KM Makan Rasuah....Rupanya Hanya Kerana Parking Saja ??

Gambar kereta Guan Eng parking di lorong basikal 

cetus viral

Gambar kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diparkir secara haram mencetuskan viral di laman sosial.

Kenderaan rasmi beliau yang bernombor pendaftaran PG1 dilihat dipakir di lorong basikal berhadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.

Di laman sosial Facebook, ramai yang memberikan maklum balas terhadap gambar kereta Setiausaha Agung DAP itu yang kini tersebar secara meluas.

Ada di antara menulis komen sinis dengan mengatakan siapa yang mahu mematuhi undang-undang sekiranya ketua menteri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.

Sebelum ini, Guan Eng juga pernah dikritik kerana isu yang sama, dan gambar keretanya turut dimuatnaik dalam laman sosial Facebook.

Gambar yang dimuat naik pada Ogos tahun lalu itu menunjukkan kereta berkenaan diparkir di tepi jalan yang terang-terang terpapar papan tanda 'Zon kunci' berhampiran Lebuh Campbell.

Namun, Guan Eng pada ketika itu membalas kritikan tersebut dan menjelaskan pemandunya berada di dalam kereta berkenaan sambil menunggu beliau bertemu dengan beberapa tetamu dari Hong Kong dan wartawan di kedai kopi berhampiran ~ AntaraPos

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.