Followers

Monday, November 10, 2014

INDONESIA LANCAR KENDERAAN LAUT TANPA PEMANDU, BAGAIMANA MALAYSIA?



Beberapa minggu yang lalu kami memaparkan berita 13 kapal laut tanpa pemandu Amerika Syarikat berjaya berfungsi secara berkumpulan bagi mengawal sebuah kapal utama. SistemCARACaS (Control Architecture for Robotic Agent Command and Sensing) yang digunakan memastikan kapal laut Amerika Syarikat akan dapat dikawal dengan lebih ketat dari serangan pengebom berani mati menggunakan bot laju.


 Penggunaan dron yang semakin pesat di dalam bidang ketenteraan ini adalah kerana ianya lebih murah dan boleh dipercayai dari manusia. Teknologi penggunaan dron ini biasanya kita kaitkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Israel dan China. 
Tetapi di dalam pameran Indo Defence yang berlangsung di Jakarta minggu lalu, Indonesia kini mempunyai sistem dron laut mereka sendiri.



Bonesfish USV ialah sebuah kapal laut tanpa pemandu yang dibina oleh PT Lundin dengan kerjasama Saab. 
PT Lundin yang berpangkalan di Banyuwangi, Jawa Timur adalah terkenal dengan rekaan kapal laut trimaran mereka. PT Lundin ialah syarikat yang juga bertanggungjawab membina kapal litoral kalis radar kepada Tentera Nasional Indonesia Angkatakan Laut (TNI-AU).


Bonefish USV ialah sebuah dron gentian karbon sepanjang 12 meter yang mampu berfungsi secara sendiri ini akan menjalani ujian intensif keberkesanannya tahun hadapan. Ia mampu bergerak pada kelajuan 40 knot dan dilengkapi sistem misil anti perkapalan RBS15 Mk3.

Kenapakah Indonesia semakin galak memodenkan sistem ketenteraan mereka sejak kebelakangan ini? Ini adalah kerana China dilihat semakin agresif melakukan misi rondaan di Laut China Selatan yang mereka katakan adalah milik mereka. 
China juga semakin berani membina pengkalan laut di atas terumbu karang yang menjadi rebutan Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Taiwan.

 Penggunaan dron kalis radar seperti Bonefish adalah keperluan masa hadapan bagi memusnahkan musuh yang berani menghampiri kawasan perairan Indonesia.
Indonesia sudah bersedia bagaimana pula dengan kita? Februari lalu sebuah kapal tentera laut China dengan beraninya menceroboh perairan negara berhampiran Sarawak. Mungkin sudah tiba masanya Malaysia juga menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pencerobohan seperti ini tidak berlaku di masa hadapan.


Sumber Janes

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.