Dalam beberapa Group WhatsApp yang tersebar 'Ini fakta' itu aku pertikaikannya kerana pengiraan itu adalah berdasarkan 'Crude Oil' ataupun minyak mentah.
Bila aku tanya yang mengirim mesej itu, siapa punya pengiraan ni, buat malu saja.. jawabnya diapun tak tahu sebab dicopy dari Group lain katanya.
Pengiraan tersebut tidak mengambil kira kos Produk, Alpha, Kos Operasi, Margin keuntungan Syarikat pengeluar minyak, Margin keuntungan untuk Stesyen Minyak dan juga cukai jualan yang dikenakan Kerajaan..
Jadi tak bolehlah kita buat pengiraan dengan mengambil harga 1 Barrel 'Crude Oil' kemudian dibahagikan dengan 159, sebab 1 Barrel bersamaan dengan 159 Liter.. kemudian kita kata itu harganya..
Lagipun buat masa ini tak ada lagi dalam dunia ni kenderaan yang boleh digerakkan dengan menggunakan 'Crude Oil' sebagai bahan bakarnya..
Aku rasa Khairy pun dapat mesej tu.. sebab tu dia menjawab..di bawah ni jawapan Khairy..
SHAH ALAM - Lantaran kemunculan ramai pakar ekonomi mi segera yang tidak memahami cara mengira harga petrol, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melalui laman Facebooknya menjelaskan perkara itu.
Khairy berkata, ramai pengguna laman Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut.
“Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..."
Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."
“Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dan lain-lain.,” katanya.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, fakta yang dibawa oleh ‘pakar ekonomi’ itu adalah tidak betul.
“Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.
"Mungkin di sini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni." katanya lagi .
Untuk itu Khairy berkata, harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM dan beliau menunjukkan cara pengiraannya.
Untuk menguatkan lagi hujahnya Khairy berkata ‘pakar ekonomi’ atau mana-mana pihak boleh merujuk penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita guna formula di atas, purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.
“Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first,” tulisnya lapor Sinar Harian
Betullah apa yang Khairy tulis tu.. dan dalam masa yang sama beliau juga mendedahkan tembelang Barisan Nasional mengenai subsidi harga minyak ni..
RON95 dijual dalam negara ini dengan harga RM2.30 dengan subsidi oleh Kerajaan sebanyak 28 Sen bagi setiap Liter..
Padahal harganya bukanlah lagi RM2.58/Liter tapi dah tinggal RM2.27 sahaja... selama ini kita dah ditipu Barisan Nasional rupanya..
Berbalik kepada mesej yang tersebar dalam WhatsApp tu.. rupa-rupanya ia berasal dari Facebook CheguBard.. Patutlah Khairy tak lepas peluang untuk membelasah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.