Followers

Monday, November 24, 2014

Hanya Bumiputera layak dikecualikan bayar hutang PTPTN Dicatat oleh ustazcyber

Satu gabungan kumpulan hak Melayu hari ini menggesa Putrajaya mempertimbangkan supaya hanya Bumiputera layak mendapat pengecualian daripada membayar balik pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mereka berkata, pada waktu ini majoriti peminjam PTPTN yang dikecualikan daripada membayar balik hutang mereka ialah orang Cina, dan ini boleh menimbulkan kemarahan kaum Bumiputera.

"Kerajaan Malaysia mesti mengambil tindakan segera ke atas fenomena ini di mana ramai bukan Bumiputera yang dikecualikan 100% dari membayar balik PTPTN, berbanding Bumiputera," menurut kumpulan itu dalam satu memorandum dinamakan Memorandum Perpaduan Negara....lagi

"Pada masa sama, kerajaan Malaysia perlu mengkaji sebab mengapa prestasi akademik pelajar Bumiputera semakin menurun, berbanding dengan bukan Bumiputera," kata mereka di dalam memorandum itu yang dirangka hari ini selepas satu sesi perbincangan.

Memorandum itu digubal satu jawatankuasa terdiri dari beberapa kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, diketuai Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Menurut memorandum itu, dalam konteks ini, kerajaan Malaysia perlu mengkaji sama ada pengecualian PTPTN perlu diberi kepada Bumiputera sahaja, selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sistem PTPTN sedia ada membenarkan semua peminjam yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian dikecualikan dari membayar balik pinjaman, tanpa mengira bangsa.

Tetapi memorandum itu memberi amaran yang kebangkitan bilangan pelajar Cina yang menikmati pengecualian bayaran balik boleh menjejaskan perpaduan negara.

Mereka berkata, pada 2011, seramai 8,818 pelajar Cina dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN berbanding 2,347 Melayu dan 456 India.

"Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan bijak, ia boleh menyebabkan pelajar Bumiputera marah terhadap PTPTN dan kerajaan Malaysia.

"Pada masa sama, isu ini berpotensi menimbulkan kemarahan pelajar Bumiputera terhadap pelajar bukan Bumiputera."

Memorandum itu juga mendakwa lebih ramai bukan Bumiputera berjaya mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian dibandingkan dengan Bumiputera kerana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lebih "lembut" dan ada "agenda tersembunyi."

"Pertama, bagaimana dan kenapa pelajar Bumiputera tidak mampu bersaing dengan pelajar bukan Bumiputera?

"Kedua, adakah tindakan PTPTN disebabkan sistem pemarkahan dan kurikulum IPTS yang lebih lembut, sehinggakan ramai bukan Bumiputera mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian, dan mereka tidak perlu membayar balik hutang PTPTN?

"Ketiga, bukankah pelajar Bumiputera di IPTS dan IPT awam mereka yang paling cemerlang antara yang cemerlang?

Keempat, adakah terdapat agenda tersembunyi pihak tertentu dalam IPTS menyebabkan ramai bukan Bumiputera mendapat pengecualian PTPTN?"

Memorandum tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.

Kumpulan itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja. – 23 November, 2014.TMI

Ustazcyber.com.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.