Ini bukanlah sebuah Kapal Selam yang terbaru milik Tentera Laut DiRaja Malaysia, tetapi ini adalah sebuah Kapal Hidrografi milik Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kapal ini bukan
sedang melakukan cubaan untuk menyelam tetapi ianya hampir tenggelam
ketika menjalani selengaraan.. harap maklum!
Ni laporannya..
KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir
tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead
Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.
TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.
"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.
Kapal itu merupakan kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong
Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.
KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.
Kapal terbabit dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos tahun depan.
Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.
"Ia adalah sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit," katanya kenyataan itu.
Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Ni laporannya..
TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.
"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.
KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.
Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.
Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Laporan berita oleh SinarHarian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.