Sejuta tandatangan sokong Akta Hasutan, kata Shahrizat
Wanita Umno hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul
Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 ekoran timbulnya kenyataan hasutan
oleh beberapa pihak.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kenyataan itu dibimbangi mewujudkan insiden.
“Kita, Wanita Umno sebulat suara tidak setuju dengan langkah untuk memansuhkan akta ini,” katanya dalam acara taklimat berhubung akta kontroversi itu di Kuala Lumpur.
Katanya, beliau percaya, isu keselamatan harus menjadi keutamaan.
Beliau juga berkata, banyak kenyataan-kenyataan hasutan berlaku ekoran kebebasan di media sosial.
Sayap Umno itu akan menghantar memorandum kepada perdana menteri untuk menangguhkan pemansuhan akta itu.
Mereka juga merancang kutipan sejuta tandatangan untuk menyatakan bantahan terhadap gesaan pemansuhan undang-undang itu.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.