"Agaknya Sasau Dah Manusia Ni. Tidak Habis-Habis Nak Memfitnah "
KUALA LUMPUR 17 Nov - Individu yang disaman Datuk Seri Anwar
Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri
Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman
Facebooknya berkaitan kes tersebut.
Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat
memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung
kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.
Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah
bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang
berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk
menjelaskannya?
"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa
yang saya ada. (Kecuali Punggung).
"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun
tidak," katanya menerusi laman sosial itu.
Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar
tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun
hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran
dalam bidang guaman.
Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan
dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos
guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum
melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.
"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika
kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar
pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak.
Apa yang saya tunjukkan adalah untuk
memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu
takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.
Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat
kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.
"Saya cukup yakin kerana hari ini para hakim dan pihak
mahkamah juga tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman
penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan rekod terdahulu juga
yang dibuat hakim Mahkamah persekutuan menyatakan bahawa "Liwat berlaku
namun atas faktor kesilapan teknikal Anwar Ibrahim dibebaskan", katanya.
Pada akhir soalan dikenyataan tersebut, Wan Muhammad Azri
telah diajukan soalan adakah dia adalah Blogger Kontroversi Papa Gomo?
"Saya tidak tahu siapa Blogger Papa Gomo tapi ikut
makluman Papa Gomo adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pemilik Blog Papa Gomo.
Jika
bukan Anwar Ibrahim macam mana Blogger Papa Gomo boleh ada bermacam koleksi 18SX
Anwar Ibrahim?
"Muka macam saya tapi bukan saya," katanya ringkas.
Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan
Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada
Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap
beliau. http://www.rakyatnews.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.