Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya
maju dan mendapat keyakinan pengundi.
“Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi
dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau
mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan
akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu,” kata
Lim.
Minggu lalu, Lim secara terbuka menggesa Hadi hadir.
Ini kerana, katanya, tanpa kehadirannya
dan dalam keadaan wakil PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak
parti Islam itu, Pakatan tidak boleh mencari kata sepakat untuk
meluluskan sesebuah resolusi.
Hadi dilapor sudah beberapa bulan tidak hadir ke mesyuarat Pakatan.
Ia dikatakan berpunca daripada tindakan
Ketua Umum PKR yang berkali-kali membuat keputusan berbeza dengan apa
yang diputuskan oleh jawatankuasa Pusat PAS.
Harakahdaily kelmarin melaporkan Hadi
sebagai menjelaskan, beliau tiada dalam pentas politik negara sejak
September lalu kerana masalah kesihatan.
Beliau berkata “tidak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini” sehingga “suara pun tak berapa nak keluar”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.