Followers

Friday, November 21, 2014

Caj arak: MP syukur pemimpin, masyarakat buka mata ??

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau bersyukur isu yang dibangkitkannya ketika perbahasan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu, membawa kepada maklumat baharu bahawa harga setiap setiap tiket meliputi caj hidangan termasuk arak.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pendedahan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) itu telah membuka mata semua pihak termasuk pemimpin negara.

"Alhamdulillah, cetusan itu telah membuka mata semua pihak. Kita harap kerajaan lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam.

"Kerajaan perlu serius dan segera bertindak, bukan hanya sekadar cakap sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu caj arak yang dikenakan dalam tiket penerbangan MAS perlu dihentikan kerana minuman keras tidak sepatutnya dihidangkan dalam pesawat.

“Saya minta supaya caj tidak dikenakan kepada sesiapa kerana minuman arak ini tidak sepatutnya dihidangkan.

Hentikan (caj arak dalam tiket),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan minggu lalu, Abdul Aziz berkata semua persoalan berkait isu hidangan arak dan etika pakaian pramugari MAS akan dibawa kepada kabinet untuk diputuskan.

Beliau juga membayangkan semua pertikaian itu akan selesai selepas penstrukturan semula organisasi pentadbiran MAS.

Mengulas lanjut, Marzuk berkata, pihaknya berharap ada keputusan positif oleh kabinet berhubung perkara itu kerana ia membabitkan soal hukum dan larangan agama.

"Kita harap kabinet tidak membuat keputusan yang bertentangan dengan hukum agama dan mengecewakan umat Islam," tegasnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Caj arak: MP syukur pemimpin, masyarakat buka mata KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau bersyukur isu yang dibangkitkannya ketika perbahasan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu, membawa kepada maklumat baharu bahawa harga setiap setiap tiket meliputi caj hidangan termasuk arak. Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pendedahan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) itu telah membuka mata semua pihak termasuk pemimpin negara. "Alhamdulillah, cetusan itu telah membuka mata semua pihak. Kita harap kerajaan lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam. "Kerajaan perlu serius dan segera bertindak, bukan hanya sekadar cakap sahaja," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu caj arak yang dikenakan dalam tiket penerbangan MAS perlu dihentikan kerana minuman keras tidak sepatutnya dihidangkan dalam pesawat. “Saya minta supaya caj tidak dikenakan kepada sesiapa kerana minuman arak ini tidak sepatutnya dihidangkan. Hentikan (caj arak dalam tiket),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Sementara itu, ketika menggulung perbahasan minggu lalu, Abdul Aziz berkata semua persoalan berkait isu hidangan arak dan etika pakaian pramugari MAS akan dibawa kepada kabinet untuk diputuskan. Beliau juga membayangkan semua pertikaian itu akan selesai selepas penstrukturan semula organisasi pentadbiran MAS. Mengulas lanjut, Marzuk berkata, pihaknya berharap ada keputusan positif oleh kabinet berhubung perkara itu kerana ia membabitkan soal hukum dan larangan agama. "Kita harap kabinet tidak membuat keputusan yang bertentangan dengan hukum agama dan mengecewakan umat Islam," tegasnya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.