Followers

Sunday, November 9, 2014

Bernama Mohon Maaf Kepada Kartunis Zunar

 


Kartunis kontroversi Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menafikan isterinya ditahan di Putrajaya Khamis lepas kerana menjual buku yang menyindir institusi kehakiman dan pemimpin negara.

Zunar, 50, memberitahu Bernama, tiga orang yang ditahan polis, termasuk dua wanita, adalah pembantu jualannya.

Beliau berkata isterinya, yang tidak mahu dinyatakan namanya, pada hari kejadian berada di Port Dickson, Negeri Sembilan atas urusan kerja.

LaporanBernamamenyebut isteri Zunar (kanan) adalah antara tiga yang ditahan polis di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya semasa perbicaraan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Laporan berita Bernama menyatakan salah seorang daripada tiga yang ditahan adalah isteri saya, sedangkan mereka bertiga sebenarnya adalah pembantu jualan saya," katanya kepada Bernama di sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid yang dihubungi turut mengesahkan polis tidak menahan isteri Zunar.

Sehubungan itu, Bernama memohon maaf kepada Zunar dan isterinya atas kesilapan laporan berita itu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.