Azlina berkata, kadangkala pengawai kerajaan terlalu sukar untuk ditemui sehinggakan mengalahkan kesibukan perdana menteri.
"Kita sebagai ahli Parlimen susah sangat hendak berurusan dengan pegawai kerajaan.
"Bayangkan saya hendak berurusan dengan pengerusi sebuah agensi betapa susahnya, hendak jumpa PM lagi mudah untuk temui dia.
"Jadi satu sahaja ingatan saya, pegawai kerajaan jangan bersikap lebih sudu daripada kuah," katanya ketika sesi perbahasan di dalam Dewan Rakyat hari ini.
Oleh itu Azalina menyeru kepada menteri yang bertanggungjawab agar turun padang untuk menasihati mereka.
"Berilah nasihat kepada mereka," katanya lagi.
Pen Buruk Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.